sahabat blogger

Monday, 2 January 2012

Bonus Dapat Banyak Ini Je?


Assalammualaikum wbt

Payslip bonus dah upload online kat website Hosp.Pantai
Berdebar2 tadi nak click. Dah macam nak amik result exam setiap semester dulu2 plak.

Semestinya topik hangat pada minggu adalah bab bonus.
Soalan favourite bagi ramai staff kat sini : 'berapa bulan bonus ko dapat ye?'
Bagi yang dapat sket je bonus tu, ishhh..berbulu2 la telinga nak dengar.
Ditambah la plak dengan sakit ati sebab tak puas ati, dicampur plak dengan soalan2 cepu cemas yang bisa bikin panasss..

Komen aku plak? -hahahah. Banyak gak yang tak puas ati ni.
Payment bonus last week dah masuk. Aku dah rembat sume duit2 yang ada dan menyalurkan kepada bahagian2 yang perlu.
Bila check kat cimbclick pagi tu, tekejut beruk tengok amount yang ada dalam akaun.
Ishh..biar betoi, awat la sket sangat ni. Takpuas ati ni!!!
Puas la aku congak2 berapa bulan la aku dapat tahun ni.
Macam sket je dari tahun lepas. Huhuhu sedihnya ati, sebab kalo bonus sket, maknanya prestasi aku kerja menurun tahun ni. Tu pasal dapat sket je. Uwaaa....

Surat dari dah HR menyusul memberitahu berapa bulan bonus aku dapat.
Fuhhh...alhamdullillah, bonus aku lebih dari tahun lepas. Senyum sampai telinga tu..
Hahahaha..sukanya dalam hati, kalo dapat bonus tinggi.. Lalalala
Tinggi ke? Tak la tinggi mana, tp aku bersyukur atas rezeki Allah bagi pada aku tahun ini.

Tapi payslip tak upload lagi, jadi takde black+white nak kata berapa aku dapat.
Past check, tadi baru aku tau, yang menyebabkan aku dapat sket duit bonus tu adalah kerana deduction kwsp dan lhdn.
Wehhh..banyak tu income-tax tolak duit aku. Dekat2 Rm1300. Campur deduction kwsp, bonus aku lesap Rm2034.25. Banyak tak?
Setakat kwsp tu tak la aku heran sangat, sebab nanti esok2 aku tua, panjang umur bole la guna duit tu. Dah namanya lagi simpanan hari tua anda.
Tapi income-tax tu yang aku frust banyak tu. Penat2 la aku bekerja bersengkang mata 24jam berhari2, alih2 ke lhdn juga la duitku pergi. Uwaaaaa....

Namun begitu aku redha je la. Dah banyak tu rezki yang Allah tetapkan buat aku bab bonus ni.
Alhamdulillah, aku bernasib baik sebab mendapat bonus lebih dari kawan2 sekerja yang lain yang rata2nya merungut dapat sket je tahun ni.
Simpati aku pada 2-3org kawan yang merajuk dan menangis berbengkak mata akibat tidak puas ati dengan pembahagian bonus kali ni.
Pasti ada jawapan kepada nilai bonus yang diorang kata dapat sket tu. Tu kalian kena tanya pada incharge masing2 la ye bagi mendapat kepuasan hati sendiri.


Nota kaki:
Thanks pada mr.Kumar yang mem-promote naik jawatan aku dan memberi markah yang tinggi untuk bonus aku. Really2 appreciate. Semoga Allah membalas kebaikanmu walaupun kita tidak seagama. Amin..

.



3 comments:

aReLaN said...

uish...bsr gaji klu gtu.lesap kwsp n lhdn je dh 2k lbih.mksudnya jauh lg besar la gaji.hohoho..congrats.ble la nk kaya klu keje kilang like me ni.bonus sbulan je.hmmm..tp syukur la.baek ade dr takde lgsg

MsDila said...

areLan: alhamdulillah.. bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.
sebab bonus dapatnya berbulan2lebih la,maka di tolaknya lebih.
time ujung tahun ni la lhdn nak dapat duit rakyat lebih sket. bln2 yang gaji biasa sket je tolak, tak la heran. huhuhu

rezeki Allah tetap ada kat mana2 gak termasuk kat kilang. mana tau esok2 bole jadi big bos kat kilang. ye dak?

aReLaN said...

FYI,mmg dh cbe pn petua tu tp sye hbiskan sbiji tu dlm 2 hr je kot.mmg jd.mmg keluar la 2-3 hri lps tu.byk petua kakak2 kt kilang bg.mkn lobak putih,makan anggur hitam.mmg stakat ni alhamdulillah kuar.tp sbb mls nk mnum plain water,tu yg dtg blik.hmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...