sahabat blogger

Tuesday 6 December 2011

Kerana Cemburu, Tahan Keretapi Bawa Kekasih


Assalammualaikum wbt

Pemuda buat panggilan bom palsu halang teman wanita ke ibu kota 

IPOH: Ancaman bom palsu yang menyebabkan lebih 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari utara ke ibu negara terkandas lebih enam jam pada Khamis lalu, berpunca daripada seorang pekerja jualan langsung yang bergaduh dengan teman wanita serta mahu menghalangnya ke Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 25 tahun itu mengakui membuat panggilan palsu bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang mahu menaiki tren untuk menghadiri satu kursus di ibu negara walaupun sudah dilarang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata perbuatannya terbongkar selepas suspek ditangkap di Teluk Intan, jam 6.10 petang Sabtu lalu dan selepas disoal siasat dia mengakui membuat panggilan itu kerana berang dengan tindakan teman wanitanya yang berkeras meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. 

"Dia kini ditahan reman lima hari sehingga Khamis ini dan polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya semalam. 

Khamis lalu, perjalanan tren Ekspres Langkawi dari Haatyai-Kuala Lumpur Sentral, Ekspres Langkawi Butterworth-Kuala Lumpur Sentral, Sinar Mutiara dari Ipoh-Kuala Lumpur Sentral dan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur Sentral terkandas lebih enam jam selepas KTMB menerima panggilan mengatakan ada objek dipercayai bahan letupan di landasan antara laluan Sungkai-Slim River. 

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan pemantauan lebih 10 jam, polis mendapati objek yang ditemui berdekatan landasan di Kilometer 259.25 itu adalah satu botol plastik berbalut tikar plastik yang ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai. 
Objek itu kemudian diletupkan dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan letupan. 

"Kita kesal dengan perbuatan itu dan menasihatkan orang ramai tidak membuat panggilan palsu untuk kepentingan diri terutama menggunakan talian kecemasan 999. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya. 



Hahaha.. apa kes begini?
Ingatkan dalam TV je ada cita2 je mcm ni.  Rupanya kat Malaysia pun ada gak..

Aku tak tahu, kat mana relevannya tindakan pemuda tersebut. 
Adakah semata2 nak tunjuk dan buktikan kat kekasihnya yang dia betul2 sayangkan wanita tersebut dan sanggup wat apa aje untuk dia?
Tapi tindakan dia menyusahkan ramai pihak. Kesian pada penumpang yang terkandas lama kerana tindakan agak bodoh beliau. 

Kalo betul  itu jodohnya, pasti dia akan dapat. Sudah lupakah pada janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diaturNya?
Orang tua2 ada berkata; Sayang berpada2, benci berpada2, dan cemburu pun biar berpada2. Biar serba sederhana segalanya.
Benar la cemburu tu tandanya sayang, tapi jangan la yang melampau, memang menyusahkan orang lain. Emosi marah tidak harus menguasai diri, kerana ia boleh meretakkan hubungan je. Kalo nak cemburu sekali pun, biar la yang rational dan beriman.

Elok2 ada cinta dan kasih sayang, terus jadi benci.. 
Sapa yang rugi?


Nota kaki: Jangan cemburu2 dengan aku tau. Aku tak cemburu dengan orang lain pun. Hehehehe


.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...