sahabat blogger

Friday 30 December 2011

Free Show Separa Lucah Musim Banjir..




Apa kes begini? 
Kot iya pun sayangkan kain dari basah kena air bah, jangan la sampai memalukan diri sendiri , menayangkan benda yang tak perlu. Malu wehhh orang tengok. 



Sunday 25 December 2011

Cinta Tanpa Noda ( Khas Buat Yang Belum BerumahTangga Dan Diri Aku Jugak)


Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia, 
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

4 Ogos 2011

.

Monday 19 December 2011

Suatu Kisah Cinta (Sungguh Menyentuh2 Hati Aku Ni !!)



Assalammualaikum wbt


(Sebuah cerita yang telah aku baca beratus2 kali, dari zaman aku jadi student sampai la kini. Tapi entah dari mana sumber asalnya. Cuma kali ini aku meng-copypaste dari web tentang cinta. Tima kaseh pada penulis asalnya)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. 
Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? 
Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” 

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” 
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” 
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” 


“Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”


“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”


“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus 
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”


“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”


“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”


“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. 
Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. 
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” 

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. 
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Sumber copypaste: TentangCinta


Nota kaki:
Oh mr.Right-ku!!. Dimanakah kamu sekarang ni? I'm looking for u.. 


Sunday 18 December 2011

Nak Jadi Kaya? Sekedah La Pada Ibubapa


Assalammualaikum wbt.

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

"Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. 
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. 
Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. 
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. 
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. 
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. 
Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. 
Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. 
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, "Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa"

Inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. 

Masih punya ibubapa? Memberilah kepada ibubapa. 
Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. 
Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. 

Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Cerita yang di copy paste dari blog Pn.Isya. Terima kasih. 

Nota kaki:
Moga aku tidak kedekut dan bakhil  atas pinjaman rezeki yang Allah berikan pada ku. Terima kasih ya Allah atas kesenangan ini.


,

Friday 9 December 2011

Di Mana Cinta?



Assalammualaikum wbt

Cerita kali ini, aku pun tak tau mana aku jupe. Dah lama sangat cerita ni. Tapi sebuah cerita yang amat touching jiwa aku. Emak aku selalu kata, hati dan jiwaku  keras macam batu. Tapi kalo cerita camgini aku bole touching dan feeling2, maka benar2 menyehtuh qolbu la kot... kan??



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
 Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. 
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



 


 Nota kaki:
Who loves me? I love you too =)


.

Segmen HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru

Assalammualaikum wbt


Ari ni, sahabat blogger kita, Mr.Hasrulhassan telah melancarkan segmen yang sangat la attractive buat blogger2 yang mempunyai follower kurang dari 500org follower.
Satu effort yang sangat bagus bagi blogger2 ikan bilis macam aku ni dan sahabat lain yang baru bertatih kat dunia blog ni.
TERIMA KASIH buat Mr.Hasrulhasan.


Nak join segmen ni? Ada a few syarat yang simple yang mesti buat kalo nak join.


1) Buat entry dengan tajuk - HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru
2) Bercita sket dalam 100 words pasal diri dan blog masing2
3) Attach badge segmen Mr.Hasrulhasan dan link ke entry beliau.
4) Kat ruang komen, just paste je url entry kita tadi.


Mudah bukan? JOM kita join ramai2.



HANYA UNTUK BLOG YANG KURANG DARI 500 FOLLOWERS SAHAJA !!
Due date: 10 Disember 2011 jam 5 petang



+- 100 words tentang aku dan norfadilahstories.blogspot.com?


Hahaha..tu je description aku pasal aku dan blog aku yang tak seberapa ni.. 
Sila2 la datang menziarahi rumah aku ni bagi yang sudi =)




ND Lala Disamun Pelesit Rempit


Assalammualaikum wbt


Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.
Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.
Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.
Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.
Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.
"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.


Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam
Sumber berita: Kosmo
Ingin ikuti berita selanjutnya? Sila la membeli paper Kosmo hari ini !!



Wednesday 7 December 2011

Ingin Tahu Matematik Sedekah?


Assalammualaikum wbt

Ari ni aku nak kongsikan sebuah entry yang sangat berguna buat semua sahabat2 blogger ku. 
Entry ni aku copy paste bebulat dari SINI.
Info yang sangat berguna. Semoga saling disampai2 diantara kita.


Mungkin masih banyak di antara kita yang beranggapan bahawa sedekah akan mengurangi harta. Padahal bila dipastikan, bahwa anggapan seperti itu salah! 
Sedekah tidak akan mengurangi harta. Justeru sebaliknya, sedekah akan melipat-gandakan rezeki sebanyak beratus2 kali lipat.

Jangan menghitung balasan sedekah dengan matematik manusia. Pasti tidak akan ketemu hasilnya. 
Matematik menyebutkan bahwa 10 – 1 = 9. Matematik sedekah memiliki perhitungan sendiri. 
Matematik sedekah menyatakan bahwa 10 – 1 = 709. 
Kerena, 1 bahagian yang kita keluarkan sebagai sedekah akan dibalas tujuh ratus kebaikan, sehingga 9 (harta sisa sedekah) ditambah 700 (harta balasan sedekah) sama dengan 709.

Jika kita sedekahkan 3 dari 10 yang kita miliki, maka 3 itu akan menarik 2100, sehingga menjadi 2107 (10 – 3 + 2100= 2107). 
Jika kita sedekahkan 5, maka akan menarik 3500, sehingga total menjadi 3505 (10 – 5 + 3500= 3505). 
Demikian seterusnya. Setiap 1 bahagian yang kita keluarkan akan menarik 700 kebaikan. 
Dengan demikian, jika kita punya 10, lalu kita sedekahkan 10, maka akan menarik 7000. 
Inilah matematik sedekah !!

Dasar perhitungan di atas adalah firman Allah surat al-Baqarah ayat 261.
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seumpama sebuah biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu berisi seratus biji. Dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya dab Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Ayat di atas tegas menyatakan bahwa setiap kebaikan akan mendapat balasan 700 kali kebaikan. 
Jadi, jika kita sedekah 1 ribu ringgit dari total 10 ribu ringgit yang kita miliki, maka 1 ribu yang kita sedekahkan itu akan mendatangkan 700 ribu berikutnya, sehingga hasilnya adalah 709 ribu ringgit.

Sedekah yang ikhlas dibalas tunai oleh Allah tujuh ratus kali kebaikan. Allah memiliki cara sendiri untuk membalas amal kebaikan sedekah yang dilakukan hamba-Nya. 
Dahsyat bukan!??


Nota kaki:

Mari kita sama2 perbanyakkan sedekah sesama makhluk. Sesungguhnya, tak kan papa seseorang tu dek kerana dia kerap bersedekah. Jom kita memberikan secara percuma dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. 





.



Tuesday 6 December 2011

Jom Tambah Follower bersama Lulu Pages


Assalammualaikum

Kali ni aku join segmen bersama Cik Lulu Pages. 
Bersama2 la kita join segmen ini untuk menambahkan lagi sahabat blogger kita.




Salam perkenalan buat sahabat2 blogger baru.
Sesiapa berminat nak join segmen ni, jom click header kat atas ni. Senang aje.
Due date segmen; Ahad @ 11-dec-2011 jam 12 midnite

.

Kerana Cemburu, Tahan Keretapi Bawa Kekasih


Assalammualaikum wbt

Pemuda buat panggilan bom palsu halang teman wanita ke ibu kota 

IPOH: Ancaman bom palsu yang menyebabkan lebih 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari utara ke ibu negara terkandas lebih enam jam pada Khamis lalu, berpunca daripada seorang pekerja jualan langsung yang bergaduh dengan teman wanita serta mahu menghalangnya ke Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 25 tahun itu mengakui membuat panggilan palsu bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang mahu menaiki tren untuk menghadiri satu kursus di ibu negara walaupun sudah dilarang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata perbuatannya terbongkar selepas suspek ditangkap di Teluk Intan, jam 6.10 petang Sabtu lalu dan selepas disoal siasat dia mengakui membuat panggilan itu kerana berang dengan tindakan teman wanitanya yang berkeras meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. 

"Dia kini ditahan reman lima hari sehingga Khamis ini dan polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya semalam. 

Khamis lalu, perjalanan tren Ekspres Langkawi dari Haatyai-Kuala Lumpur Sentral, Ekspres Langkawi Butterworth-Kuala Lumpur Sentral, Sinar Mutiara dari Ipoh-Kuala Lumpur Sentral dan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur Sentral terkandas lebih enam jam selepas KTMB menerima panggilan mengatakan ada objek dipercayai bahan letupan di landasan antara laluan Sungkai-Slim River. 

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan pemantauan lebih 10 jam, polis mendapati objek yang ditemui berdekatan landasan di Kilometer 259.25 itu adalah satu botol plastik berbalut tikar plastik yang ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai. 
Objek itu kemudian diletupkan dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan letupan. 

"Kita kesal dengan perbuatan itu dan menasihatkan orang ramai tidak membuat panggilan palsu untuk kepentingan diri terutama menggunakan talian kecemasan 999. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya. 



Hahaha.. apa kes begini?
Ingatkan dalam TV je ada cita2 je mcm ni.  Rupanya kat Malaysia pun ada gak..

Aku tak tahu, kat mana relevannya tindakan pemuda tersebut. 
Adakah semata2 nak tunjuk dan buktikan kat kekasihnya yang dia betul2 sayangkan wanita tersebut dan sanggup wat apa aje untuk dia?
Tapi tindakan dia menyusahkan ramai pihak. Kesian pada penumpang yang terkandas lama kerana tindakan agak bodoh beliau. 

Kalo betul  itu jodohnya, pasti dia akan dapat. Sudah lupakah pada janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diaturNya?
Orang tua2 ada berkata; Sayang berpada2, benci berpada2, dan cemburu pun biar berpada2. Biar serba sederhana segalanya.
Benar la cemburu tu tandanya sayang, tapi jangan la yang melampau, memang menyusahkan orang lain. Emosi marah tidak harus menguasai diri, kerana ia boleh meretakkan hubungan je. Kalo nak cemburu sekali pun, biar la yang rational dan beriman.

Elok2 ada cinta dan kasih sayang, terus jadi benci.. 
Sapa yang rugi?


Nota kaki: Jangan cemburu2 dengan aku tau. Aku tak cemburu dengan orang lain pun. Hehehehe


.

Sunday 4 December 2011

Segmen ; Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa

Assalammualaikum

Dah lama aku tak sibuk2 masuk segmen sahabat blogger lain.
Teringin gak kekadang nak join, cuma bila di amati balik syarat dan terma segmen tu, agak complicated.
Nak macam2 syarat.
Membuatkan terbantut selera dan keinginan aku nak join. (Maaf, pada yang terasa ati tu..)


Then ari ni, aku terjumpa lak segmen " Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa ".
Aku saja2 join, memandangkan syarat2nya memang simple sesangat.
TQ diatas syarat yang simple dan mudah pada sahabat blogger yang lain.




Question: Followers vs. Readers ??
Answer: Followers & Readers. Sebab kedua2nya menainkan peranan penting dalam dunia blogging.
** Tapi aku prefer; READERS. --> vote for readers !!

.

Saturday 3 December 2011

Giveaway? Macam Teringin Nak Buat Je. Tapi..Tapi..Tapi...


Assalammualaikum wbt.

Hahahaha..ni entry yang tak boleh nak blah sebenarnya.
Ada ati la plak aku ni nak wat segmen Giveaway. Sahabat blogger pun tak ramai, berangan + mimpi nak wat Giveaway. (Huhuhu.. nak mimpi pun, tunggu la malam2 msDila oiii...)


Bukan apa, tengok orang lain wat giveaway macam best je. Dok bagi2 hadiah kat kengkawan lain.
Kalo orang yang memberi tu gembira hati melakukannya... apatah lagi bagi si penerima bukan?
Mesti meloncat gembira kalo tup2 nama dia yang di vote berjaya.
Riang hati wooo..

Aku pun macam nak try jugak. Best ke korang wat giveaway tu?

Tapi, banyak sangat persoalannya...

1) Sape mau sertai?
Takut takder orang nak join je. Aku je yang syok sendirian bhd je. Malu la saya.. 

2) Hadiah?
Nanti korang kata hadiah aku ni tak menarik plak. Banyak benar aku baca kat blog2 blogger yang lain bercakap2 belakang bab2 hadiah ni. Ada yang kata; hadiah yang di-offer tu tak semenggah la, bla bla bla. 
Tak syok la geng, kalo ada yang ada soksek2 lain hari plak.
Isu nilai hadiah ni agak subjektif sebenarnya. Bergantung pada niat dan tebal si poket penganjur. Mana mungkin blogger si budak sekolah nak offer hadiah mencecah RmXXX. Ye dak?
Tapi jangan la plak hadiah yang di-offer terlalu tak munasabah. Biar la berkadaran dan terima dek akal manusia. Kesungguhan sahabat blogger yang menyertai tu perlu dihargai jugak. Kan?

3) Cash versus Hadiah?
Nak aku offer RM cash money atau hadiah voucher/barangan? Sesetengah orang tak suka barangan. Atas alasan, jika offer cash money, boleh la diorang guna duit tu membayar apa jugak keperluan. Ada betul gak. Tapi kadang2 bila offer cash money, kita akan melihat nilai duit itu nampak sedikit aje nilainya.
Contohnya:  Prize: cash rm40 vs. jam tangan brand XYZ bernilai rm40 - harga after less
Mana lagi berbaloi?

4) Syarat dan terma?
Aku tengah pikir sebenarnya, apa lah syarat yang paling mudah untuk aku letak kat Giveaway aku ni. Seboleh2nya biar la yang paling mudah buat semua dan tidak membebankan. Kata nak wat giveaway suka2 je, jadi syarat tu biarla nampak simple dan santai je. 
Tapi apakah syarat2nya?...


Dilema betoi la otak aku nak pikir ni. Bukan susah pun sebenarnya, tapi aku yang bikin susah je. Kan?
Apa2 pun,  kalo jadi, pasti aku upload banner jemputan buat semua sahabat blogger yang sudi.
InsyaAllah...

Nota kaki:
Malu la plak nak wat announcement nak launch giveaway ni... Mokcik segan la nak..huhuhu




.

Friday 2 December 2011

Mesin Mencipta LESUNG PIPIT..

Assalammualaikum wbt.

Salam petang jumaat. Tetiba petang ni nak cerita pasal lesung pipit.
Adushhh..betapa comey + manis + hensem la sungguh insan yang dikurniakan Allah ni berlesung pipit. Sampai kadangkala mendetikkan kecemburuan dalam hati ni bila melihat orang tu tersenyum. 
Jeles jeles.

Tengah menggogle info, tetiba terjumpa la plak article pasal sorang wanita ni yang berjaya mencipta mesin lesung pipit. Ianya direka ole Isabella Gilbert Rochester dari New York pada October 1936. Alat tersebut sebenarnya merupakan peranti yang sesuai muka (face-fitting spring) yang memegang dua tombol kecil yang akan menekan pipi kedalam bagi membentuk lesung pipit.
Hebat sungguh!! Dari zaman dulu2kala lagi dah terciptanya mesin ini, walaupun agak pelik je rupanya.




Hahaha.. ada sesiapa yang nak mencuba mesin mencipta lesung pipit ini?

Kalo berani, sila kan la.. Ngeh Ngeh Ngeh..

Kalo ikut petua traditional, banyak cara yang rasa2nya bole digunapakai untuk mencipta lesung pipit.
Petua traditional ni adakalanya boleh pakai, tapi kadang2 tak berkesan gak. Tapi tak salah kita mencuba kan? Tambah lagi kalo ianya tak mengeluarkan sesen kos pun.
Jom kita try (bagi yang tak berlesung pipit lagi je. Yang dah ada tu, jangan nak cuba plak, kang nampak mcm pelik la plak, tetiba muka korang tu ada sampai 3-4 lesung pipit plak.. heheheh)

Versi baby: 
(Kalo kalian  ingin mempunyai bayi yang berlesung pipit buatan, ada satu petua yang dikatakan telah terbukti khasiatnya)
Caranya: Tekanlah kedua pipi bayi yang baru lahir itu dengan ujung cili merah selama 30 saat. Lakukan selama 1 minggu berturut-turut setiap pagi. Dengan cara itu, niscaya lesung pipitnya akan terbentuk dan nampak dengan lebih jelas. (Tapi jangan la tenyeh kuat2 sangat, pedas tu, kang pijar la plak si kecik tu)


Versi dewasa: 
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar airnya. Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. (Tapi tanda la dulu part kat pipi mana yang korang nak bentuk lesung pipit tu)


Selamat mencuba bagi yang nak sangat mendapatkan lesung pipit tu. 
Usaha tangga dan escalator kejayaan anda.


Nota kaki:
Kalo ada yang berani cuba mesin pembentuk lesung pipit tu, dan hasilnya sukses, rodger la aku ni yek. Aku pun nak gak try sama. Hahahaha...


Thursday 1 December 2011

Lelaki, Wanita & Tulang Rusuk



Assalamualaikum wbt



WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya….
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak; ‘Kamu tidak cintakan saya lagi !!!’
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak; ‘Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!’

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

‘Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing’.

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.

Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz ‘Selamat tinggal..’

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Pengajarannya:
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kita merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Wallahua'lam ....

Nota kaki:
Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua. Supaya kita berfikir dulu sebelum bertindak agar tindakan yang diambil tidak disesali kemudian hari.
Terima kaseh pada hamba Allah yang empunya cerita, iaitu encik Jimie. Mintak dihalalkan dunia akhirat diatas cerita yang dicopy paste ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...