sahabat blogger

Sunday 30 October 2011

Aku @ The Pink Charity Run 2011




Assalammualaikum wbt


Aku nak share new story ni. Pagi tadi telah berlangsungnya larian amal “The Pink Charity Run” kat Harbour Place anjuran Pantai Hospital Klang, bersemperna bulan kesedaran Breast Cancer pada bulan october ni.
Aku dan bebudak Pantai Klang masuk dengan bayaran RM5 je sebab hospital sendiri adalah penganjur. 
Jadi staff2 yang berani menyahut cabaran nak berlari di sponsur sket bayaran penyertan. Jadi aku tak melepaskan peluang keemasan ni. Excited sesangat la nak berlari ni. 


Ikut schedule yang diberikan sepatutnya semua runner kena register jam 6 am, tapi aku dah terlewat bangun jam 6.25 am. Ni adalah gara2 aku masih sibuk wat oncall kat hospital jam 2.30am mlm tadi tu la. 
Emmm... nasib baik sempat gak mendaftar walaupun tak sempat nak ikut seisi warming up sebelum berlari.


Alhamdulillah larian charity aku dan budak2 ni telah berakhir dengan cemerlang dan jayanya dengan record 40 minit ++ sejauh 5 km. (cheeewah..macam atlit la plak.. hehehe)
Fuuhh..ni pengalaman pertama aku join charity run ni. Tapi kira ok la sesangat2, berjaya dalam perlarian berlari sejauh ni.


Larian kategori aku : Women (Age above 10) - 5km bermula pukul 7.10am dan dijangka semua runner akan menghabiskan larian dalam tempoh sejam. Maknanya sebelum jam 8.15am, patutnya kami dah sampai sini balik. 
(Tapi...boleh ke aku nak lari dalam tempoh sejam ni??) 
Kuang Kuang Kuang. 


Perlarian yang berjalan dengan lancar sekali walaupun aku dah pancit sebenarnya. Lari larat beberapa meter je, pastu selang seli dengan berjalan plak. 

Housemate aku, Eija entah mana dah sampai kat depan sana. 
Cik puan Fazlina plak, tiba2 plak la complain sakit dada plak tengah orang dok berlari2 tu. 
Haa..sudah, kena serang sakit jantung ke minah ni? Risau gak. (Entah apa la aku melalot piker ni.. ishhh…) 
Nasib baik la cik puan Fazlina tu staff nurse kat emergency department, tau la gak apa patut dia buat kalo tiba2 dia sakit dada. Aku yang bukan staff nurse ni,mana la tau apa2 kan.


Congrats to Fazlina sebabnya dengan bersemangatnya berjaya menghabiskan 5km larian jugak. Walau dah berabis tenaga melangkah kaki berlari ke garisan penamat.

Caya la Ina !!


Aku pun tak tau, kitorang dapat nombor berapa larian tadi tu, tapi yang pastinya bukan yang terakhir la. Sebab nampak ada orang lain lagi ramai kat belakang2 aku.
Hahaha.. tercapai gak target aku untuk tak menjadi peserta terakhir sampai kat penamat. 
Malu la wehhh…


Pujian pada organizer yang terlibat, sebab menyediakan makanan dan minuman untuk semua runner yang amat bertepatan dengan citarasa: roti gardenia, buah tembikai potong, air revive isotonic, vico dan jugak Indocafe. 
Terasa segar sangat2 tekak ni dapat minum vico sejuk lepas berpanasan tadi. Aku memperabihkan 4 cawan vico.. Buruk lantak sungguh, kan?? Huhuhu 
Bukan orang lain heran pun aku minum banyak2 pun.. (ayat nak mengcover malu la tu)


Kitorang cabut balik dekat2 jam 9.45 am. Balik umah kena jalan kaki plak tu. Kaki dan mula kejang. Tapi masih under control. Penat tapi puas !!!. 
Mungkin kah lain kali aku nak berlari lagi??? Hehehehe..  
Tungguuuu……



Berkobar2 Cik Eija ni tunggu bila la larian nak mula ni



Muka "paksa rela" adik aku, Fatimah setelah aku paksa dia berlari menggantikan housemate aku yang malas nak lari plak. Sebab tak cukup geng, cik Fatimah la jadi mangsanya. Sayang kat ko, Timah.


Larian nak mula dah.. Belum mula lagi, aku dah terkebelakang...



Ni la Cik Puan Fazlina. Excited sangat la nak makan tembikai tu.. Lapar ke dahaga, Ina? Hehehe

 
Panasnya kulit. Muka aku yang bagai udang kena bakar, dan disapu dengan buttercup.


 
Muka2 gembira setelah penat berlari hilang..



Cik Puan Azlina and de geng yang berlari berjemaah dengannya..
 

Hahaha.. Senangnya dalam hati.. 1st time aku dapat medal larian ni!!.  Last kali dapat medal masa sukaneka sekolah waktu darjah dua dulu je.



Ni plak warming down exercises selapas running. Makcik skaff pink tu tersangat2 la excited bersenam kat depan pentas tu. Mengalahkan orang muda stamina dia. Bagus.



Tengok la makcik tu ber-exercise. Cemerlang.

  

Aktiviti last, top 10 runner bagi semua kategori bergambar bersama Miss World Malaysia 2009-2010, Ms Thanuja Ananthan

  
Bergambar bersama Event Ambassador Pink Charity Run, Datuk Yasmin Yusoff

 
Nota kaki:
Macam tak caya je, yang aku bole rupa2nya bersaing berlari bukan untuk menang dalam acara larian macam ni. 
Tahniah la Cik Dila yerk.
Juga tahniah buat Cik Eija, Cik Fatimah, Puan Azlina, Dr. Emily, Puan Fazlina dan semua rakan2 kat Pantai Hospital Klang yang berjaya menghabiskan larian yang sangat2 la mencabar bagi kita semua ini.



.

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?


Assalamualaikum wbt.

Hari ni kita bercerita pasal jodoh seorang penzina. Sebuah entry yang aku jumpe ketika sibuk meng-google2 info lain. Entry yang penuh info supaya dapt di kongsi kan bersama2.


 
Soalan:
Ustaz, saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.


 
Jawapan ustaz:
Allah maha mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan Taubat Nasuha, nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.


 
Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti: rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif, masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi,  masih ber ‘boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz' atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu'.

 
Maka, jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..


 
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurtat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq yang hakikatnya membuka aurat kepada tudung muslimah sejati.


Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibubapanya.


 
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar', bergurau senda, ber-dating sana sini berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.


 
Allah SWT berfirman  " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3)


 
Dalam ayat lain Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik." ( An-Nur : 26 )


 
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.


 
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin.
Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )


 
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat diatas. Hikmah yang Allah maha mengetahui amat besar.
Berkemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.  Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.


 
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.
Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

 
Sumber:
Zaharuddin Abd Rahman @ 8 Ogos 2008


 

Nota kaki:
Semoga Dia memelihra aku dari menemui cinta yang membawa aku menghampiri mukaddimah2 zina. Kerana aku amat takut dengan bala dan seksaanNya di dunia dan akhirat nanti.


 

Friday 28 October 2011

Kisah Rumput & Orang Yang Disayangi





Assalammualaikum wbt.

Aku teramat2 suka kan cerita pada entry kali ni. Walaupun pun ceritanya sudah lama keluar di website asalnya dan dah agak basi dikalangan blog2 yang ada sekarang ni, tapi ceritanya tetap menyentuh hatiku agar tidak mudah lupa diri dan menghargai  orang lain. Sebab diri akau sendri pun bukan la perfect sangat. Jadi tak perlu la nak mencari sangat kesempurnaan itu.


Jom layannnn cerita ni.....





Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Nota kaki:
Aku pun nak cari rumput jugak la.. tapi kat mana yerk???


Wednesday 26 October 2011

Ampunkan Aku



Assalammualaikum wbt.

Tersentuh..
Benar-benar tersentuh jiwa ini pabila mendengar bait2 lagu
Mana Milik Kita
Senyap. Aku bermuhasabah sendirian.
Semoga diri ini dapat menginsafi bahawa segala yang hidup dan mati yang berada di muka bumi ini adalah milik Allah swt.
Tak pernah aku memaksa akal pikiranku untuk berpikir bahawa segala2 kepunyaan aku kini, hasil titik peluh ku selama ini, adalah pinjamanNya. Sementara.
Kerja, duit, kereta, rumah dan segalanya.
Familyku; ayah, emak dan adik2 juga, bukan milik aku sepenuhnya. Malah, diriku ini juga bukan milik aku yang mutlak.
Atas belas ehsan dariNya la, maka aku dipinjamkan nikmat untuk mengusahakan apa yang aku ada sekarang. Suatu hari aku tetap kena pulangkan pada pemiliknya.
Ampuni aku, ya Allah. Betapa sedar dirinya aku kini.
Aku mengharapkan rahmat dan belas kasihan-Mu padaku setiap waktu.  Sudikanlah Kau mengampuni segala dosa-dosa laluku yang terlalu sombong  dengan kejayaanku.
Aku tidak mahu diheret ke nerakamu yang penuh dengan azab itu, Ya Allah


Nota kaki:
Ya ALLAH, aku lupa!
Harta, kekayaan dan kebendaan didunia aku kini takkan kekal..

Sesungguhnya, aku manusia biasa..
Ampunkan aku, ya ALLAH!


Jodoh Jangan Dicari, Tapi Boleh Dibeli !!



Assalammualaikum wbt.

Kita sering membaca dan mendengar tentang keajaiban sedekah. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.


Pada entry kali ni, aku ceritakan kisah benar keajiban bersedakah, yang diambil dari artikel "The Power of Sedekah" oleh Ustaz Yusuf Mansyur.
Semoga kisah ini boleh menginspirasi teman-teman dan diriku sendiri juga, yang sesungguhnya sedekah yang ikhlas akan memudahkan urusan-urusan kita oleh Allah swt.  


Keajaiban sedekah memang tak pernah ada habisnya termasuk permasaalahan jodoh.
Ada sebuah cerita mengenai sedekah tentang jodoh.

 

Datanglah wanita yang berumur37 tahun kepada seorang ustaz.
Wanita tersebut berkata, “Ustaz, susahnya mencari jodoh ye?”
"Sebenarnya, jodoh tak perlu anda cari, tapi boleh dibeli!" Dia pun ketawa.


"Beli di mana, Ustaz? Mana ada yang menjual jodoh? "Tanyanya.
" Ada !! "
" Siapa, ustaz ?? "
" Allah, Rabbul 'alamin! "
Tambahnya lagi,.. kata Rasullah saw, "Beli la penyakit dengan sedekah, termasuk penyakit kesepian, iaitu kesunyian dari tidak berteman"

" Insya Allah ustaz, saya akan bersedekah" Kata wanita itu.
"Pulanglah, insyaAllah kamu akan dapat jodohmu, insya Allah!"

Dia pun pulang. Lalu, dia singgah ke masjid berhampiran kawasan rumahnya.
Wanita ini mendekati siak masjid dan berkata, "Encik, saya ingin bersedekah di sini. Apakah yang boleh saya sedekahkan di sini? "

"Sebenarnya cik, kami lagi memerlukan sedekah wakaf tanah, satu meternya 150 ribu ringgit rupiah." Jawab siak masjid tersebut.

"Oh ...." Dia pun mula membuka dompetnya.
Awalnya, hanya 150 ribu rupiah saja yang dia ambil. Namun begitu dia ingat kata-kata sedekah yang dikatakan oleh ustaz tadi.
Akhirnya wanita itu menyedekahkan 600 ribu ringgit rupiah, maka dapat la dia bahagian 4 meter.

"Encik, doakan saya ye, supaya hajat saya terkabul." Katanya.

Kata si siak masjid, "Apa dia yang cik hajatkan?"

"Maaf encik, itu adalah rahsia saya"
Sememangnya, kalau kita memegang rahsia, maka ia akan menjadi doa pada Allah.
Sedekah,  tidak perlu di hebah-hebahkan, kerana takut jadi tidak ikhlas.
Tapi, kalau kita tahan, kita boleh mengadu pada Allah dalam hati kita dan dalam solat kita, dan itu dikira kita berdoa pada Allah.

Atas kekuasaanNya, wanita berusia 37 tahun tadi yang pada mulanya tidak dapat jodoh, telah dilamar oleh 4 orang lelaki yang ingin memperisterikannya. Sampaikan wanita tersebut tidak tahu yang mana satu ingin dipilihnya. 
Begitulah keajaiban bersedekah dari Allah, setelah dia bersedekah walaupun hanya 4 meter tanah wakaf.

Wallahualam Bis'sawab

 




Nota kaki:
Terima kasih ya Allah.... Atas segala rezeki dan kesenangan yang aku terima dariMu. Semoga aku juga dipermudahkan olehMu untuk mendapat jodoh yang terbaik buatku seperti cerita wanita tersebut.
Mari la perbanyakkan bersedekah, semoga segala cubaan dan halangan dapat diberikan jawapan oleh Allah SWT. Amin

Tuesday 25 October 2011

Pertandingan Deco Mendeko: Edisi Deepavali 2011

Assalammualaikum wbt

Aktiviti medeco kembali lagi !!
Kali ini untuk festival deepavali plak.
Fuhhh.. stress sebenarnya nak wat dekorasi raya ni. Setiap kali raya je, mula la stress nak bagai.

Syarat utama mesti guna barangan recycle. X kisah la apa barang pun, janji recycle yang bole meng-up kan mood raya.

Ni sume gara2 Mr. Kumaran la, memberi syarat kat kitorang.
- Kena participate wat deco raya untuk x-ray department kalo nak dapat good marks pada bonus ujung tahun ni.
Adil kah gitu, Kumar? –kejam nya. Huhuhu

Ni adalah akibat dari kerja aku melobi si Kalpana, Azlina dan Abang K, supaya boikot utk amik part wat deco pada raya aidilfitri ari tu.
Tup tup.. terus Kumar bagi kata dua yang menstress kan kitorang..
Aku la yang stress terlebih setiap kali musim mendeco.

Tak menang pun x per. –katanya la.
Lega la sket dengar dia tak berharap kami buat yang tercantek, walaupun sebenarnya kitorng juara deco bertahan setiap kali raya.
Tapi ye ke, Mr. Kumaran kami ni tak mengharapkan kemenangan?
Rm500 - 1st prize, banyak tu wehhh...

Ketuk kiri kanan kepala ni pun, tetap tak kuar gak idea nak mendeco department kitrang ni.
Apa cita sekarang ni ??...

Aku dan kalpana sepakat la sangat nak wat sesimple yang boleh, memandangkan kitorang x nak berangan nak menang pun pertandingan deco kali ni. Konon2nya nak wat syarat je amik bahagian..
Janji evaluation bonus, Kumar bagi markah terbaik sudah la.
Tu janji semangat kami. – Mendeco bukan untuk menang !!


Ni la hasil mendeco smbil lewa kami...




Giant pelita. Idea kalpana. Cantum2 mangkuk disposable tu, pastu letak la kotak kat tengah2 dia.


Kolam. Menggigil2 tangan aku mengikut ukiran tangan Kalpana. dah jadi macam lukisan orang parkinson pun ada.


Pintu tengah Xray dept. X ada idea la sangat nak wat apa kat area situ. Lastly, beli dan gantung jer. - Tolak markah kami


Hasil seni tangan Abg Kamarul. Abis sume dia lukis dan cat. Cantek.


Yang warna2 merah tu je la hasil kerja tangan aku untuk bahagian peacock ni. Bernas gak otak aku ni. Menggunakan botol yang di spray merah-pink untuk jadi bulu pelepah si peacock ni.


Lukisan penuh Abang Kamarul  - ''Diwali Peacock''


Apa nama benda kuning tergantung2 ni?? Aku terlupa la plak sekejap ni. Ni idea tak original aku. Tapi meterialnya tetap terbaik. Memang fully recycle. Guna Xray reject films tu.Potong2 dan lipat2, pastu stapler dan spray. Siap.
 
Nota kaki:
Semoga kami ada bau2 nak menang gak la deco kali ni.
Hahaha.. harapan yang tak bole nak bla sungguh..

Happy Diwali


Assalammualaikum wbt.


Entri ini sebenarnya ditujukan khas kepada kengkawan dan jugak students saya yang menyambut perayaan Deepavali esok hari.
Especially buat Mr. Kumaran, Kalpana dan Kasturi Bai seisi famili.

Wishing korang Happy Deepavali, Selamat Menyambut Hari Deepavali & Inniya Deepavali Nalvalthukal !(eh..betul ke sebut ni ???)

Selamat beraya sakan. Berhati2 dijalan raya.


Nota kaki:
Nanti balik kerja sila2 la bawak muruku, vaddey, tosai dan mcm2 ye.
Ingat2 la saya yang sedang bekerja disini seorang2 ni. huhuhu

Tuesday 18 October 2011

Kawan, Kamu Sudah Kawen

Assalamualaikum wbt

Ari ahad lepas, oncall. Ari tu plak ada wedding officemate, Puan Azlina kat Dewan Komuniti TTDI.
Patutnya ari ni Mr. Kumaran yang kena oncall, tapi memandangkan Mrs. Kumaran admitted, terpaksa la aku yang standby oncall. Ishhh..geram.geram.

Plan dah buat berkurun lamanya nak attend wedding tu, jadi Mr. Kumar terpaksa lah gagahkan diri meng-cover oncall aku untuk 3 jam.
Beriya la Mr. Kumar membuat segala bagai map jalan untuk aku agar tak tersesat larat nak ke sana.
Fuhhh...finally, berjaya gak kami (aku, Emah dan Im) sampi sana. Thanks ye Kumar.

Apa lagi, sampai2 terus la makan. Perut kami memang la dah lapar. Kami beriya reserve perut nak makan nasi minyak je nanti. (hahaha..plan jahat nak melantak habis-habisan)

Disebabkan kenduri orang dan ramai sangat orang berkerumun kat meja juadah tu, jadi nak amik makanan pun terpaksa rela la meng-control2.
Ayam masak merah dia memang memanggil2 aku untuk ambik 5-6 ketul. Tapi apakan daya... malu la saya !!
Kalo kat umah ni, gerenti aku dah tambah 2-3 kali ni. Huhuhuhu

Target nak tengok cik puan Azlina bersanding, tercapai gak..
Walaupun timing bersandingnya dah lari banyak..
Libang-libu gak gelisah nak tunggu pengantin muncul, maklum lah..terpaksa berlari2 berkejaran dengan standby oncall pastu.

Apa2pun.. memang cun kedua2 pengantin ni. Sangat sweet..
Baju cantek, pelamin cantek, dan segala bagainya la cantek.
Betul la kata orang, aura seri pengantin..
Memang semua pengantin macam tu la kot...

Selamatlah pengantin di doakan..
Moga redha Allah bersinar selalu
Moga kekal hingga ke syurga.. Insyaallah








Nota kaki:
Kepada pasangan pengantin, Puan Azlina & En. Shafariz; Selamat pengantin baru, semoga jodoh kalian berpanjangan sampai ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kalian.
Dan paling penting, semoga berkat pengantin baru tu tempias banyak-banyak kat aku jugak. Heheheh



Saturday 15 October 2011

Mengungkit Untuk Meluahkan??

Assalammualaikum...

(sekadar luahan sendiri yang berjiwa kacau)
Tiba2 hati ini teringat pada kisah2 lalu, yg amat melukai hati ini, dilakukan oleh seseorang. Kenalan. Rapat dan akrab.
Cerita yang sudah lama tetapi masih  bugar diingatan.
Dia masih di sana. Diam. Seperti tiada apa berlaku.
Namun aku pasti, dia pasti akan bertemu denganku.. Suatu hari nanti.. jika diizinkan olehNya.
Perlukah aku mengungkit sedikit kisah lalu, semata2 ingin meluahkan perasaan terpendam ini?
Jiwaku kacau !!!

Kata orang, kalo kita luahkan, akan berkurang masalah kita.. Tapi... perlukah begitu??
Pasti akan mengguris hatinya plak..
Hatiku??



Tapi.. telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah 2:264 dengan jelasnya bahawa:
Allah SWT menyeru kepada orang-orang yang beriman agar jangan sampai melenyapkan pahala dengan disertai dengan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain dengan menyebut-nyebutnya yang telah diberikan itu. Waallahua'lam





" Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"
(Al-Baqarah 2:264)

Monday 10 October 2011

Blog Oh Blog ...



Assalammualaikum wbt...

Salam pembuka bicara - dari aku yg baru bertatih didunia blogger
  
(Hehehe.. 1st entry ni.. cuak sehhh) 
Org ada blog, aku pun nak ada blog jugak..

Org ada cita, tapi aku ada ke cita nak cita?
Bebenarnya.. aku tidak la serajin mana hendak menulis. Sibuk, penat dan ditambah dgn malas menguasai diriku.
Tapi disebabkan dah meng-create blog bodoh2 ni, maka berusaha gak la nak meng-update story. 

InsyaAllah.. semoga Dia mempermudahkan segala2nya untukku.

Selamat berkawan semua....











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...