sahabat blogger

Sunday, 1 January 2012

Meng-Carry Foward Azam Tahun 2011



Assalammualaikum wbt


Selamat Tahun Baru 2012.
Cepat sungguh masa berlalu. Begitu cepat 2011 berlalu rasanya, meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis.


Sambutan malam tahun baru semalam, aku sambut kat umah je. Sekadar melihat percikan bunga api dari tingkap bilikku saja. Tak penah dalam sejarah idup aku yang dah nak 30thn ni celebrate acara2 camgini kat luar.
Mungkin kerana makAyah aku tak penah pun mendidik dengan cara begitu sejak dari kecik.
Ramai juga orang kata aku ni jenis yang 'typical malay' kerana bersifat anti sosial.
Tapi.. typical malay ke aku, tidak keluar umah malam2 untuk menyambut dan menyertai segala macam acara tengah2 malam tu? 
Ahh..biar la. Tak bernanah pun telinga mendengar orang kata camtu.
Dan aku bahagia menjauhkan diriku dari aktiviti2 'sosial' ini.


Cerita pasal 2012.. macam biasa la. Azam baru lagi.
Azam lama apa cita?
Carry foward lagi la kot azam2 tu.. (Yepp..sudah semestinya..)
Cuti tahun lagi bole foward ke depan, ni plak azam. Ye dak?? Hehehehe
Setahun yang panjang tu pun tak sempat nak merialisasikan azam2 tahun lepas, walhal bukan la banyak sangat azamnya, kan?


Apa2pun,
Semoga tahun 2012 ni bakal memberikan sinar baru dalam pemanduan hidup kita semua untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Semoga tahun ini kita di beri petunjuk dan hidayah untuk lebih mengenali dan menghayati kehidupan kita sebagai hamba Allah


Nota kaki:
Apa azam aku? -banyak. Tak tersebut disini. Salah satunya, menggenggam motto idup aku.
Kata2 seruan a.k.a motto hidup aku tahun 2012 ni : Sudahkah aku bersedekah hari ini?


.

2 comments:

aReLaN said...

hahahah...carry jgn tak carry.hepi new year 2012!!!mga lebih baik dri tahun sudah

abuikhwan said...

selamat tahun baru...semoga sentiasa dalam redha-Nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...