sahabat blogger

Tuesday, 24 January 2012

2012 Chinese New Year Inter-departmental Deco Competition (Semangat 100% Yakin Menang)

Chinese New Year Decoration Competition kembali lagi !!
Macam biasa la, syarat utamanya mesti guna barang2 yang berunsur Recycled.
Pening kepala aku dan colleagues nak pikir apa la idea nak kami upload-kan kali ni.
Yang pastinya semua mesti warna merah. Biar pening otak kitorang dan juri2 sekalian dok pandang warna merah je.
Target utama mesti menang 1st prize. Rm500 tu, bergolek2 datang. Sapa tak mau weh...
Kalo tak menang, pastinya hasil2 kerja tangan kami ni, kan di bakar. Uwaaaa....
Kita bakorr je !!!

Mari2, ingin dipertontonkan hasil susah payah kami nak merebut rm500 cash dari department2 lain.
Terasa penah lelahnya men-deco kali ni. Berebut2 masa antara patient2 yang datang dan nak mengecat. Fuhhh... sangat mencabar minda dan jiwa raga.
Jangan ketawa2 ye !! (Amaran keras ni..)
Nama lagi hasil seni DIY barang2 recycled, jadi tak la sehebat yang dijual kat kedai.

.
.
.


Jom kita lihatttt.......


View dalam xRay department.
Penuh dengan polystyrene soup bowl yang ditelangkup dua dan dicat merah yang  bergantung2an kat siling.  


Hasil karya abgKamarul.
Teruja tengok dia melukis dan mencipta teratai 2D atas air tu.
Nak harapkan kami yang lain melukis? Emmm...hampeh

Cherry Blossom. Ada rupa ke?
Botol mineral yang diberi sentuhan dan nafas baru sampi bertukar rupa menjadi bunga.
Kadang2 terpikir  gak, creative  gak kepala otak aku ni ye, demi rm500 =)


Konon2nya macam musim cherry bloosom dah nak gugur la tu. Hahhaha

Si Kalpana ni saja nak inter-frame je lebih. Nak jugak selitkan gambar dia. Hihihi


Idea dari si Azlina, nak wat kipas yang biasa orang cina pakai tu.
Pakai polystyrene plate dan xRay reject film.  Pastu, cat dan spray sesuka hati. 


Mercun Giant made in Pantai Hospital Klang.
Ramai yang suka tanya, 'Bila kita bole bakar mercun ni? hahahah.. meh la bakar. kang meletup satu hospital.


Macam tak caya je dapat siapkan mercun gergasi ni.  Sangat mencabar nak mengecat sume botol mineral 500ml ni.
Kesian kat cleaner2 kena kumpul botol2. 


Naga makan limau fresh dari kotak.
Idea en.Kumar la dok gantung limau sekali ni. 


Cipta sejarah. Naga terpanjang kat Pantai Klang.
Lebih lurang 250 ps paper-cup dikorbankan nak wat naga ni. Sakit pinggang aku nak mencantum badan naga ni.


Comey je ekor naga ni.  Idea abgKamarul.
Tapi aku yang mewarna ekornya. Kumar kata macam budak tadika yang mewarna. Huhuhu
Tapi yang tak bole blah, badan naga ni, sama saiz je dari depan ke belakang.

Alamak minah sorang ni. Perasan sorang2 la tu, wat aksi takut2 macam naga nak makan dia. Tapi naga tu dah dapat limau. Dah tak berselera nak ngap ko la kalpana. Huhuhu

Memo pembakar semangat nak grab rm500 cash. Pastikan duit itu milik kami @  xRay kali ini sekali lagi.


Nota kaki:
Mungkin kah kita akan jadi juara lagi kali ni wahai kengkawan ku?



.

3 comments:

Anonymous said...

idea2 yang creative. boleh menang ni. =]

aReLaN said...

wow...memang kreatif.best la ade pertandingan camtu.leh gak up motivasi kan.nanti menang tu leh la kongsi sket.heheheh

MsDila said...

ano & areLan:
kalo la bole menang kali ni sekali lg, pasti diwar2kan jugak. nnti meh la join sekaki makan besar plak =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...