sahabat blogger

Tuesday 3 January 2012

Hamil Luar Nikah? Confirm Tidak !!



Assalamualaikum wbt


Today is busy day!!
Almaklum la semalam dan kelmarin rata2 orang bercuti. Maka ari ni berduyun2 la orang nak ke hospital.
Sakit pun bole pilih hari ker? huhuhu
Busynya ari ni sampi tiada lunch hour buat aku. Solat zohor pun dah jam 3pm. Mengejar dunia la sangat aku ni kan?


Ari ni plak si mr.Kumar tu bercuti la plak, nak menghantar anak dia ke sekolah masuk darjah 1. 
Bertambah2 la masalah bagi aku ni yang tak berapa nak suka jadi second incharge lepas si kumar tu. Sume masalah atas bahu aku. Rebeh bahu ni ari2 banyak masalah nak pikul.
Nak kena attend vendor yang datang visit, nak supervise student practical la, nak wat kes lagi dll. Patient complain pun aku kena handle. Bab tang patient complain ni la yang lemah sket. Kadang2 kena maki hamun depan public gara2 tak puas ati dengan xRay dept.
Huhhhh...apa la nasib badan.


Teringat kes aku attend complain sorang mak patient india tu beberapa hari lepas.
Dengan slumber badak la dia marah aku kat waiting area xray dept tu. Tak rasa bersalah pun dia meninggi suara kat depan orang ramai tu.
Tak malu ke dia? -Tak malu la kot
Sumenya gara2 salah seorang student aku bertanyakan kat anak dia yang nak wat xRay yang berumur 16thn  sama ada mengandung ke tidak.
Mak dia tak puas hati sebab konon2 kami menuduh anak dia mengandung.
Ishh..bukan macamtu sebenarnya.
Dah menjadi polisi xRay dept kena make sure sume patient bebas dari pregnant sebelum buat xRay.
Lagipun, dah puas berlapik nak bertanya anak dia memandangkan budak tu under age.


First, tanya last period bila. Second, tanya dah kawen ke belum. Last, baru tanya samada pregnant ke tak, sebab period dia yang dah missed lebih sebulan. Tu pun dok say sorry sebelum tanya pragnant ke tak.
Si emak yang tak puas ati tanya soalan macam tu kat anak dia, mula la bising2 kat kaunter, konon2nya soalan tu sensitif la sangat untuk anak dia. Sebabnya anak dia malu sangat. 
Nak malu apanya makcik oiii, bukannya kitorang tanya kat depan kaunter, depan orang ramai. Siap bawak masuk bilik lagi tu.
Lagi pun, kalo ko tak wat 'apa2', buat apa mau takut. Setakat soalan je kan. Ye dak?


Emak dia siap bagi warning kat aku lagi tu, yang dia kenal anak dia sangat2. Dan dia tau la, kalo anak dia tu pregnant ke tak. Katanya, kalo anak dia pregnant, dia takkan nak bawak pi xRay. Berdesing telinga dengar wooo..
- Haiii..sombong benar la ko bercakap ye makcik. Anak2 zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Macam2 bole jadi.  Kalo tak pregnant sebab suka sama suka, terpaksa rela pun bole jadi gak. Kes pelik2 banyak sekarang ni.
Aku dah jumpe macam2 kes yang melibatkan ter-accident pregnant ni. Antara nak kena heart attack ke tidak je mak bapak yang dapat tau time result kuar tu. Jadi jangan confident sangat ye.


Nak tak nak, demi taknak memanjangkan kes tadi tu, aku pun mintak maaf bagi pihak staff2 dan gak student2 xRay dept kat mak patient tadi tu. Cuma aku tekankan kat dia yang setiap patient perempuan yang dah akhil baligh dan dalam usia subur, akan di check samada pregnant ke tak, bukan untuk anak dia aje yang ditanya.
Tu polisi department yang kena follow.
Lega, dia pun dapat terima. Syukur alhamdullillah, kes tutup kat situ je.


Mak aku selalu cakap, mak2 zaman dulu2 dengan mak2 zaman sekarang tak sama. Mak2 dulu2 marahkan anak dia dulu, baru marahkan orang lain. Tapi mak zaman sekarang terbalik... anak sendiri sentiasa terbaik.
Uishhh...macam2 betul la.




Nota kaki:
Aku ni bakal jadi mak yang macamana la gaknya kan? Ngeh ngeh ngeh
.







6 comments:

reenapple said...

mak zaman sekarang tak boleh dah ditegur tentang anak dia.. hee

harap aku tak jadik macam mak tu..=)

MsDila said...

mari kita jadi mak zaman dulu2 yang moden =)

aReLaN said...

mak bapak zaman skarang.klu dlu disuruh tegur anak dia klu wat salah.tp skang,klu tegur anak orang,tak pasal2 kte kena belasah.aiyaa...nilah cabaran dunia skang.pyh2

MsDila said...

areLan: semoga kita2 sume tak tergolong dalam kategori makAyah dizaman sekarang yang terlalu bagi muka pada anak2 membabi buta

sarahhernyzar said...

keje kat spital ke ? spital mana ? best x keje spital ? dokter eh ? ada keje kosong ? hikhikhik~!!! bnyk lak soklan kan :p

MsDila said...

sarah: yup kat hospital private @ pantai hospital klang. x cukup pandai nak jadi doktor la. setakat jadi radiographer a.k.a juru xray tu bole la. huhuhu
nak keja apa? macam2 ada..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...