sahabat blogger

Saturday 7 January 2012

Best Ke Tak Kerja Aku ni?

 

Assalammualaikum wbt.

Ishh..kenapa la ramai sangat patient dan kroni2 patient bertanya kat aku soalan2 cepu cemas yang aku tak berapa nak gemar jawab ni.. Especially time aku oncall. Baru2 ni ada la sorang Apek yang riang hati bertanya gak walaupun akau tak berapa nak ikhlas menjawabnya..
Nak jawab, serba salah..
Tak nak jawab, nak buat muka bodoh je, kang kena complain sampai CEO plak.. Emmm...

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Patient: Berapa tahun lu kerja hospital sini?
Aku: Mau masuk 8-tahun lor. Sampai ke pencen la kot aku disini. Setia pada yang satu. Huhuhu

Patient: Banyak lama la. Sudah kaya la sekarang?
Aku: Kaya ke? Xder la. Tetap kuli juga la. Emmm..Tunggu aku jadi bini ke-4 share holder PantaiHolding, bole la kaya kot. hehehe

Patient: Gaji lu dekat sini, sama gaji goverment hospital, mana lagi bagus? Lagi banyak?
Aku: Apa punya soalan la apek ni bagi?? Sini ok la, tapi sana la bagus, sana kerja takde teruk macam sini. Gaji pun bagus. Elaun ada kasi lagi. Dulu memang ada sorang Radiologist tu offer nak masuk General Hosp, tapi aku yang bodoh sombong kata tak mau. Sekarang, nyesal gila wooo tolak offer tu.. Uwaaaa..nyesal nyesal 10x

Patient: Berapa lu punya gaji? Ada Rm 5ribu setiap bulan?
Aku: Alamak, soalan terperangkap ni.. Mana ada. Ada la sket. Bole la wat belanja hari2. Kalo aku gaji Rm5ribu setiap bulan, takperlu la aku bersengkang mata wat oncall selalu. Masuk tepat jam 9am, kuar jam 5pm. Seronok idup kalo camgini. Ye dak?

Patient: Kerja lu banyak senang ye. Kasi x-Ray saja. Cepat bole siap.
Aku: Kerja sudah lama la. Mula2 dulu susah jugak. Senang ke? Susah jugak la kot. Betapa peritnya aku nak menghafal segala bagai tulang2 dan anatomy badan manusia. Nak me-master kan diri guna segala mesin2 gergasi xRay ni, sampai nak give up pun ada. -itu dulu la. Sekang dah terel. Hahaha..ayat berlagak la sangat.

Patient: Lu tadi pagi ada kerja, ini malam lagi kerja. Takde penat ke?
Aku: Sudah biasa la. Ok saja. Ok?? Aku memang menipu sama ko apek. Mana ada oncall yang tak penat. Dah la ko tanya aku time 3-4am ni, mata aku nampak tilamBantal je ni.. Dah ko datang ke hospital pagi buta ni, terpaksa la aku gagah bangun buat kes jugak.

Patient: Kalo kerja malam macam ni, lu sorang saja ke? Tak takut ke?
Aku: Takder apa la. Okey je. Haiii..bikin aku hilang sabar je la soalan2 dia. Ikut2kan memang la kecut gak perut ni. Mana taknya, bilik mayat betul2 sebelah dinding xRay department. Tapi malas nak amik port sume2 tu. Aku tak kacau dia, jadi jangan la kacau aku plak. kan..

Patient: Lu banyak baik la. Doktor2 kat sini pun banyak baik
Aku: Ye ke? Sudah kerja saya itu macam. Mesti baik dengan semua orang.. Doktor pun ok, apa2 hal, kasi cakap sama diorang je. Hahahaha...bangga tu dipuji2. Weee..sukanyeee.. Tapi bab doktor baik tu..musykil sket. Hohoho. Aku pernah di-bustard dan di-mongkey donkey-kan oleh sorang doctor tu kerana hal kecil je. Malu sehhh..depan patient kena sembur.  Rasa tebal 5-inci kulit muka ni.

*** Nasib baik mr.Porter sampai awal. Sila la angkut patient itu dan kroni2 nya blah cepat2. Aku penat nak layan soalan2 menguji minda dari apek tu. Fuhhhh..Letihnya mindaku ini...


Jangan la jumpe benda2 camne time aku ber-oncall malam2. Cuak weiii kalo terjumpa.



Nota kaki:
Ari ni dan esok pun aku oncall. 100% mental fizikal dah ready nak bekerja untuk 56-hours. Demi mencari sesuap nasi. Cheewahh... Semoga banyak la kes yang mudah2. Amin



.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...