sahabat blogger

Wednesday 29 February 2012

Menangis Hatiku Menangis


Minggu lepas, juga minggu ini ati aku resah.gelisah. Macam2 benda terjadi. Dugaan sungguh aku rasakan.
Aku bagai tak percaya, aku sudah kehilangan seorang colleague yang juga kawan pendengar dan pencerita terbaik. Kehilangan yang tanpa aku dan mereka2 yang lain duga. 

Apa motif kamu wahai kawan, tiba2 kamu apply EL berhari2, off kan telephone dan berdiam diri membisu?
Aku mengenali kamu bukan sehari dua. Bermula kamu menjadi student aku, hingga kamu terpilih menjadi rakan sekerja aku, bergandingan berkerja bertungkus-lumus demi untuk pesakit2 kita.
Nah, tiba2 kamu menghilangkan diri. Apa di fikiran kamu sekarang, kawan?
Kamu yang aku kenali tidak akan tegar membiarkan kami begini, menanti kamu berhari2 tanpa khabar. Hanya suami kamu pengantara antara kami dan kamu. 
Ini unfair, kawan !! Kenapa kamu begitu? Rahsia apa yang kamu simpan dari kami? 
Atau kamu marahkan aku atau kami semua disini? Aduh kawan, aku telah membuat pelbagai andaian pada kamu hanya kerana terlalu mengharapkan penjelasan kamu.

Come on, kawan.. beritahu aku. Aku kawan kamu!! Kita saling berkongsi cerita dan rahsia. Hari2 kita ketawa mengekek2, berlari berkejar2, bercerita memecah sunyi department, dan tiba2 kamu menghilang.
Apa masalah kamu? Aku sayang kamu. Kami sayangkan kamu.
Sedihnya hati aku menerima kata dua dari mr.Kumar petang tadi. Kehilangan kamu dinyatakan sebagai absconded kerana kamu EL untuk lebih seminggu.
Adakah kamu rela hati atau terpaksa rela berhenti kerja? Aku ingin tahu, kawan !!
Naluri aku kuat mengatakan kamu terpaksa.. kerana kamu pergi, tetapi barang2 kamu masih disini. Kamu hilang dengan kerugian beribu2 ringgit. Itu bukan kamu. Kamu tidak akan membazirkan duit kamu untuk kerugian seperti ini. Aku kenal kamu, kawan.
Tolong la kawanku, kembali la bekerja, buktikan kamu tidak melarikan diri.
Kita sudah bercerita dulu, suatu hari nanti kita akan tua bersama2 disini. Kamu lupa ke cerita2 itu?

Please Kalpana, say something...
Aku, Kumar, Azlina, Dr.Salleh, Dr.Emily, AbgK semua mencari kamu. Semua orang menanti kamu, bertanya pasal kamu berhari2, berharap kamu kembali berkerja disini, bergandingbahu memerah tenaga seperti dulu. Kita bagai sekeluarga walaupun berlainan agama. Kamu tak sayangkan kami ke, Kalpana?


Nota kaki:
Aku masih disini. Sila cari aku bila kamu sudah bersedia wahai kawan.

Wednesday Wordless: Benarkah LRT?

Sumber: Mr.MugenRaj

.

Wednesday 22 February 2012

Monday 20 February 2012

Sila Sembahyang Sebelum Kamu, Kami Sembahyangkan


Sedang ber-internet2 kat youtube, terjumpa la video yang dimuat turun oleh aril125zr.
Memang betul katanya; iklan ni takde tersiar pun kat Malaysia. Bagi aku, iklan ni tersangat la bagus kalo dapat disiarkan. Lebih2 lagi waktu2 puncak orang ramai menonton tv.
Bole la kita saling ingat mengingati sesama kita, bahawa solat itu adalah wajib kerana ianya adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Jadi, jangan nak main tutup2 sebelah mata plak bab2 solat ni. Rasa nak solat, pi solat. Rasa malas, tak payah solat.


Malah, solat adalah antara terapi paling baik untuk menghilangkan kesedihan. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
Tak percaya? Cubalah.. bersolat dengan kusyuk dan sepenuh ati, bukan sekadar cincai boncai je. Kalo solat pun cincai je, jangan heran la kalo Allah tak pandang solat korang tu. Betoi tak?
Dengan itu, mari la kita menjaga solat2 wajib kita. Tak banyak pun, hanya 5 waktu saja.




Fakta: Kebanyakan antara kita, solat subuh lah paling berat dan liat nak tunaikan, walaupun sebenarnya itu la solat paling pendek rakaatnya. Mengapa begitu?

Nota kaki:
Laki2 macam dalam video ni la, calon suami idaman aku. . Mengamalkan kehidupan yang wasatiyyah. Aman damai dan bahagia idup aku nanti. Cheewah... hehehehe

Sunday 19 February 2012

Kepala Otak Kau !!

Perkataan 'Kepala Otak Kau' dah jadi sinonim dengan ramai orang. Dulu2 orang gunakan tatkala bila sedang marah dengan seseorang, tetapi sekarang dah jadi perkataan trademark la plak. Dengan sapa2 pun bole ditujukan, dan kadang2 dah jadi bahan usikan plak.
Mudah benar words ni meluncur keluar dari mulut kita, walhal bunyinya agak kurang sopan.
Aku pun kekadang, ter dan sengaja menggunakan perkataan ni especially bercakap dengan kawan2 terapat. Entah dari mana aku belajar, alih2 tu yang dijadikan ikutan.. Huhuhu (sebenarnya..malu nak ngaku...)

Dah setiap masa menyebut words 'kepala otak kau' ni, jadi mari kita berkenalan dengan rupa sebenar si otak ni. Macam tak best la plak ye, menyebut nama si tuan empunya, tapi tak kenal luar dan dalam dia. Tak kenal maka tak la cinta. Ye dak?


Otak sebenar manusia yang dipotong nipis2.
Adakah ianya senipis memotong tempe untuk digorengkan? - Sapa bole bagi jawapan?


Fakta: 100 billion sel otak terletak dalam kepala otak manusia berbanding 75 million sel otak pada si tikus. (sumber: majalah knowledge, vol 4, issue 2)
Jadi dengan ber-billion2 ni, diharapkan boleh menjadikan kita manusia yang boleh berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk juga antara pahala dan dosa. Kalo tak, sia2 saja la Allah memberikan setiap hambaNya 100 billion sel otak. Baik la ko jadi cik tikus je kan? heheheheh


Nota kaki:
Say No kepada junk food, kerana boleh merosakkan otak. Tapi aku penggemar cikedis super ring. Camne tu?


Friday 17 February 2012

Betulkah Bacaan Al-Fatihah Anda Selama Ini?



Beberapa hari lepas ustaz Don menarik perhatian aku dengan intipati siarannya yang best sekali iaitu, 
'cara membaca al-Fatihah dengan betul'.
Biarpun kalo ikutkan hati aku ni, memang dah terel (hahaha..terel sangat ke?) membaca al-fatihah, tapi ketepatan tajwid dan nahu bacaannya kadang2 diragui jugak. Maklum la, dah lama meninggalkan sekolah agama zaman kecik2 dulu. Kalo tak di revise balik, mahunya kucar kacir bacaan aku ni.

Jadi, atas kesedaran yang diri ni masih jahil la jugak, aku sangat2 teruja nak menyemak bacaan al-fatihah aku yang dah dibaca selama ni.
Hasilnya?? NgehNgehNgeh..malu nak sebut la plak.. Sendiri2 paham la yek.

Kepada sahabat2 blog aku, mari la kita sama2 me-revise bacaan al-fatihah kita.
Memandangkan surah al-fatihah ni  adalah satu rukun dalam solat, dikhuatiri apabila cacat dan salah bacaannya maka akan rosaklah ibadah solat kita.
Ishhh.. betapa ruginya la kita kerana amal ibadah kita yang utama ini tak sah dan tak diterima oleh Allah. Dan tak gunalah kita solat 5 waktu tertunggang tungging terbalik, tetapi tidak membawa apa2 makna pun sebenarnya. Hanya kerana bacaan "Al Fatihah" yang tidak betul.
Rugi bukan?

Jom kita semak bacaan kita selama ini. 100% tepat ke bacaan al-fatihah kita?




.

Thursday 16 February 2012

Entry Khas; Untuk Kita2 Yang Masih Single Lagi Je

Satu lagi perkongsian artikel buat semua yang membaca di blog aku ni. Kali ni aku copypaste dari fb aku yang dishare ole kengkawan2 aku. 
Cuma kali ini post ini ditujukan khas untuk mereka2 dan aku jugak yang masih belum ada lagi pasangan hidup. Semoga ilmu dikongsi bersama2. 
Jom kita baca....


Menengok rupa ustaz Don ni, terasa sejuk je mata dan hati aku ni. Tu yang excited nak follow sume nasihat2 dia tu. Cheewahhh.. Hahahaha

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.
Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam. ♥


Nota kaki:
Aku masih menanti surprise dari Allah buat aku. Sape la mr.Right aku ni, agak2nya ye?
Oh my mr.Right..dimanakah kamu?



Tuesday 14 February 2012

Hidangan Pencetus Mood BerDiet Anda

Anda ingin berdiet? Mari cuba hidangan ini. NyumNyumNyum

.


Bihun vs. Mee

Tersebut la suatu kisah...
Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.
Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
“Dasar si kuning gemuk, ingat orang suka sangat kat dialah tu!”
Hari-hari berlalu, namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
Bihun gembira tak terkata kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.
Bihun rasa marah dah berteriak;
“Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!"
Spaghetti kebingungan... %$$#&*???...


NyumNyumNyum... Sedapnya mee goreng ni.. Lapar la plak perot ni..

Nota kaki:
Ingat kan orang perempuan je terel bab rebon2ding rambut ni, tak sangka la plak si bihun pun tau pasal rebonding. Hehehehe
Moral of de story; sentiasa bersangka baik la kita sesama kita ye kawan2.

.

Monday 13 February 2012

Siapa Kau Dimata Dia?

Sedang aku ber-facebook, tiba2 terjumpa la satu cerita motivasi dari fb mrMohdAmiruddin yang ingin aku share-kan bersama2 kalian.
Mungkin bagi sesetengah orang ini sekadar cerita biasa, namun bagi aku yang merasakan diri aku ni berlori2 bahkan, mungkin bergunung2 dosanya dan noda pada masa silam, ianya bole menyedarkan aku agar tidak terus hanyut dan merendah diri pada sejarah dosa2 lalu yang banyak itu.
Alhamdullillah..Terima kasih Allah, atas peluang kedua, ketiga dan seterusnya yang sentiasa Kau berikan pada aku ini.



.
.
.
.
.


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. 

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



.

Gaya Model Terseksi

Hi sababat2 blogku sekalian.
Lamanya aku tak meng-update blog. Busynya hidup aku ni mengalahkan menteri2 plak. Dah lama tak ber-blog dah makin ilang idea la plak. huhuhu
Kegagalan menguruskan masa dengan baik membuatkan aku rasa 24jam yang Allah bagitu tak berapa nak cukup la plak. Camne nak wat yerk??

Ok, sebagai langkah nak amik mood berblogging, jom kita layan gambar ni...


Boleh ke korang mencari 7 perbezaan kat dua2 gambar kat atas ni?
Selamat berusaha gigih. hahahaah

.

Friday 3 February 2012

KuGila Kamu

Termenung menongkat dagu kejap.
Kenapa la lately ni aku dah terlalu obsesi pada online deals. Kegilaan yang melampau tapi boleh dibendung2 lagi pada wesite allgroupondeals.
Ni sume ajaran mr.Kumar tu la, yang membuatkan aku addicted hari2.
Ada je la benda2 menarik yang nak aku beli, walaupun sume benda yang aku shoppingkan tak lebih RM50 se-item. Tapi tetap la duit yang banyak gak tu, kalo aku dok membeli gak untuk si anu 1, si anu 2, si anu 3 dan bla bla bla.

Dengan motto bussiness si allgroupondeals ni iaitu 'Malaysia Best Daily Groupon Deals' betul2 menerujakan aku, dan sememangnya aku pun bersetuju ber-percent2 dengan kebanyakan deal2 mereka.
Ishhhh....rabak poket aku camni kalo tak kawal nafsu nak bershopping ni. Huhuhuhu
Camne nak wat gini wehhh?


Bawah allgroupondeals ni ada banyak group2 lain yang menawarkan deal2 jugak, seperti MilkaDeal, Groupon, ILoveDiscount, Jackcow, Everyday , MadnessDeal dan lain2. Banyak lagi la. Malas aku nak taip lagi.
MilkaDeal aku kenal sebab banyak sangat menempek iklan kat blog kita sume. Yang lain2 aku jupe kat dalam allgroupondeals.
Itu la sejarah permulaan penipisan poket aku yang ketara sekarang ni. SobSobSob..


Dah alang2 aku cita pasal deals ni, meh aku tunjuk sket, deal apa yang aku dah ter-rembat kat sini.
Kat bawah ni la, deal pertama aku yang suci yang membuatkan aku terjerumus kat dunia online deals. Bersama Groupon. Mula2 takut nak beli. Kot2 jadi tipah tertipu. Huhuhu.
Alhamdulillah, nasib baik deal yang menjadi permulaan ni, segala2nya berjalan lancar. Jadi berkeyakinan la sket nak berurus-niaga lain2 kali.

Flaming Steamboat Buffet.
Aku beli voucher ni dari groupon sebab nak belanja housemates  aku dinner.
Didenda belanja dinner sebab aku  telah di undi kerana jadi orang paling malas mengemas umah pada bulan ari tu. Huhuhu

Pilihan makanan yang tersenarai kat Flaming Steamboat tu. Belum lagi makan, dah rasa kenyang, dok tengok banyak sangat makanan depan mata.

Lagi makanan untuk dimakan sampai tak larat makan kat situ.
Burrppp... confirm la kenyang wehhh..

Kat bawah ni plak aku beli voucher dari website MadnessDeal plak. Deals kat sini tak sebanyak macam kat groupon, tapi ada certain2 deals tu, bole tahan best la gak. 
Jadi, apa lagi..rembat je la mana yang ok dan berbaloi2...

Teringin nak makan apam pokodot, tapi kemalasan membuat yang amat2 tinggi membuatkan aku nak tunjuk2 jari je.
Jadi membeli je la.  Mudah bukan? Aku tak amik lagi apam ni dari pn.HanahRafkin. Jadi tak tau la rasanya lagi.
Next monday, aku janji nak jupe dia. Pastinya aku akan upload rupa sebenar apam pokodot dari dia.
Mungkinkah sama rupanya macam gambar kat atas? 

Lagi deal dari MadnessDeal. Spa badan.
Excited nak ber-spa. Mcam jakun lak. Almaklum la tak penah ber-spa2 ni seumur idup aku.  Ni pun belum aku try lagi.  Lagi 2 minggu aku pi sana, dah booked janjitemu dah bersama2 adik2 aku.
Semoga sedap dan best la service yang diberi.
Kalo tak best? Satu dunia blogger aku kepoh kan.. Hahahaha

Last deal aku buat masa ini dari groupon. Deal yang agak berbaloi2. Bagi aku la.
 4R photo untuk RM0.24 sekeping.  Harga kat kedai gambar yang lagi mahal membuatkan aku sayang dan kedekut duit nak pegi print gambar2 aku dan family yang dok terperap dalam pendrive bertahun2 tu je.
So, dapat yang murah sket ni, maka balon je la. Pejam mata aku me-rembat untuk 500keping gambar.
Hehehehe. Tamak betoi la, kan kan kan?

Ada 1-2 deals lagi dalam pemerhatian aku ni. Tapi masih dalam pertimbangan dacing aku lagi.
Antara keperluan dan kehendak. Kalo esok pagi jadi keperluan, maka terbeli la aku jadinya. 
Hahaha..bole ke gitu?


Nota kaki:
Jadi jangan la kamu membazir2 wahai cikNorfadilah. Itu amalan syaitan. -Membazir ke aku ni? huhuhu

.

Thursday 2 February 2012

Bahaya Si Gula 3 in 1

Tadi tiba2 terjumpa artikel pasal kandungan gula dalam minuman instant 3 in 1 yang menjadi favorite ramai orang, termasuk la aku gak. 
Ingatkan benda2 dalam 3 in 1 ni boleh la men-dietkan aku bila balik keja jam 1-2 pagi, yang konon2 malas nak makan malam, rupa2nya aku masih jahil dan tak mengerti apa2. Lagi menyumbangkan kedebabpan aku.. Uwaaa....
Patut la tak terkurus2 gak aku ni walaupun dah berbulan2 melancarkan gerakan 'say no to nasi'.
Lagi banyak gulanya dari apa yang aku bancuh sendri rupanya.
Emmm....macam mana ni? 
Baru nak malas2 sekt je, dah ada artikel nak mencantas kemalasan ini... 




Info kandungan minuman 3 in 1
  • Mengandungi lebih 3 sudu gula setiap pek
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafien yang meneyebabkan rasa berdebar2 dan menyukarkan tidur pada waktu malam
  • Setiap pek mengandungi 200 kalori
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan2 itu mahal dan sukar diperolehi

Rujukkan: Program Dietetik, Pusat pengajian Sains Kesihatan, USM
Sumber:  Kosmo


Nota kaki:
I love Cadbury Hot Chocolate Drink. Tapi mengapakah kandungan gula kamu sampi 4 sudu? Banyak tu sayang... 
Sob Sob Sob sedihnya aku...


.

Wednesday 1 February 2012

Anda Kenal Penjenayah Ini?


Jom kita share ramai2 =)
Ehsan dari Azie ACryll

.

Popeye The Sailorman.. Tutt Tutt..


Oh my popeye.. rupanya kamu tua sudah.....
Berkedutnya kulit dia. SobSobSob
Ala kesiaannya popeye-ku
Bagi makan bayam banyak2, bole la popeye jadi muda balik. hehehehe


Nota kaki: 
Moral of de story - Mari la kita mengamalkan makan ulam atau sayur-sayuran supaya kita nampak awet muda sentiasa. Hahahaha

.

Wednesday Wordless: Apple La Sangat



.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...