sahabat blogger

Tuesday 31 January 2012

Terlopong Jap: Coke Tak Halal Ke?


ohh.. benar kah fakta ni?
??? gulppp.. kelmarin, aku baru je minum coke kat KFC. huhuhu

.

Monday 30 January 2012

âng-pau; Xièxiè, Boss !!



Yahoo.. kami dapat angpow dari boss, Dr.Emily Mah.
Berdebar2 gak, berapa la boss bagi kitorang ni.. sket ke, banyak ke.. nervous wehhh.
Jeng Jeng Jeng..  RM300 cash seorang.
Fuhh..not bad gak jumlahnya. Ngeh Ngeh Ngeh

Tak tersangka plak tahun ni dia nak bagi angpow kat kami, staff2 kat xRay yang rajin dan berdedikasi berkeja ni.. (hahaha..ayat memuji2 diri sendri la plak)
Biasanya setiap tahun dapat dari Dr. Salleh aje bila hari raya aidilfitri, tapi kali ni murah rezki kami dapat dari boss no 2 plak. 
XieXie boss.. nanti tahun depan, up lagi sket ye angpow untuk kitorang. hahahaha
Jugak buat Boss Salleh yang dah beribu riban bagi duit raya kat kitorang bertahun2. Tima kaseh daun keladi.
Lap you la boss2 sekalian. 
Semoga murah la rezeki boss berdua sekeluarga. Amin..

Nota kaki:
Buat mak,tadi orang dah order jus mona-vie guna angpow tu. Nanti mak try jus ni plak ye untuk kurangkan sakit sendi tu..

.

Tuesday 24 January 2012

2012 Chinese New Year Inter-departmental Deco Competition (Semangat 100% Yakin Menang)

Chinese New Year Decoration Competition kembali lagi !!
Macam biasa la, syarat utamanya mesti guna barang2 yang berunsur Recycled.
Pening kepala aku dan colleagues nak pikir apa la idea nak kami upload-kan kali ni.
Yang pastinya semua mesti warna merah. Biar pening otak kitorang dan juri2 sekalian dok pandang warna merah je.
Target utama mesti menang 1st prize. Rm500 tu, bergolek2 datang. Sapa tak mau weh...
Kalo tak menang, pastinya hasil2 kerja tangan kami ni, kan di bakar. Uwaaaa....
Kita bakorr je !!!

Mari2, ingin dipertontonkan hasil susah payah kami nak merebut rm500 cash dari department2 lain.
Terasa penah lelahnya men-deco kali ni. Berebut2 masa antara patient2 yang datang dan nak mengecat. Fuhhh... sangat mencabar minda dan jiwa raga.
Jangan ketawa2 ye !! (Amaran keras ni..)
Nama lagi hasil seni DIY barang2 recycled, jadi tak la sehebat yang dijual kat kedai.

.
.
.


Jom kita lihatttt.......


View dalam xRay department.
Penuh dengan polystyrene soup bowl yang ditelangkup dua dan dicat merah yang  bergantung2an kat siling.  


Hasil karya abgKamarul.
Teruja tengok dia melukis dan mencipta teratai 2D atas air tu.
Nak harapkan kami yang lain melukis? Emmm...hampeh

Cherry Blossom. Ada rupa ke?
Botol mineral yang diberi sentuhan dan nafas baru sampi bertukar rupa menjadi bunga.
Kadang2 terpikir  gak, creative  gak kepala otak aku ni ye, demi rm500 =)


Konon2nya macam musim cherry bloosom dah nak gugur la tu. Hahhaha

Si Kalpana ni saja nak inter-frame je lebih. Nak jugak selitkan gambar dia. Hihihi


Idea dari si Azlina, nak wat kipas yang biasa orang cina pakai tu.
Pakai polystyrene plate dan xRay reject film.  Pastu, cat dan spray sesuka hati. 


Mercun Giant made in Pantai Hospital Klang.
Ramai yang suka tanya, 'Bila kita bole bakar mercun ni? hahahah.. meh la bakar. kang meletup satu hospital.


Macam tak caya je dapat siapkan mercun gergasi ni.  Sangat mencabar nak mengecat sume botol mineral 500ml ni.
Kesian kat cleaner2 kena kumpul botol2. 


Naga makan limau fresh dari kotak.
Idea en.Kumar la dok gantung limau sekali ni. 


Cipta sejarah. Naga terpanjang kat Pantai Klang.
Lebih lurang 250 ps paper-cup dikorbankan nak wat naga ni. Sakit pinggang aku nak mencantum badan naga ni.


Comey je ekor naga ni.  Idea abgKamarul.
Tapi aku yang mewarna ekornya. Kumar kata macam budak tadika yang mewarna. Huhuhu
Tapi yang tak bole blah, badan naga ni, sama saiz je dari depan ke belakang.

Alamak minah sorang ni. Perasan sorang2 la tu, wat aksi takut2 macam naga nak makan dia. Tapi naga tu dah dapat limau. Dah tak berselera nak ngap ko la kalpana. Huhuhu

Memo pembakar semangat nak grab rm500 cash. Pastikan duit itu milik kami @  xRay kali ini sekali lagi.


Nota kaki:
Mungkin kah kita akan jadi juara lagi kali ni wahai kengkawan ku?



.

Monday 16 January 2012

Korang Tido Pakai Gaya Apa Yerk?

Hari pun sudah malam.
Jadi mari la kita sama2 check gaya kita tido sat lagi.
Ehh..bole ke gitu? Tengah2 tido bangun check diri sendri punya gaya tido? Hahaha
Ahhh..pandai2 la korang check sendri ye.
Dah dapat jawapan, nanti pilih antara pilihan yang diberikan.
Jangan malu2 nak pilih ye. Takde sapa pun nak marah. Wakakaka




Nota kaki:
Aku seorang yang sopan, jadi gaya tido aku gak semestinya sopan. Pastinya aku tido gaya no-7. Hahahaha.
Gadis sopan la katakan, mesti terbawak2 sampi ke tido. Kuang Kuang Kuang



Sunday 15 January 2012

Ahad, Kenapa Kamu Membosankan Aku?

Ini la hari ahad yang membosankan dalam hidup aku. Dah terbiasa dengan keadaan bila weekend je aku keja. Tiba2 bila tak keja, mati kutu rasanya idup ni.


Lepas subuh aku dah stat operasi. 
Dari porch sampai backyard, dari tingkat atas sampi bawah, sume dah siap kemas. Tip top.
Housemate yang pi keja, takde kat umah memudahkan keja2 aku tanpa gangguan.
Sempat lagi aku me-repair singki aku yang tersumbat tu sambil2 aku mengemas dapur. 
Bosannnn dek kerana tak tau nak wat apa.
Siap keje sume, cadang2 nak merayap2, tapi keta aku lak ada kat adik laki aku. Fuhhh...nak buat apa lg?

Rasa nak menjahit baju2 aku yang terbengkalai tu, tapi mood lak x de. Nak cucuk benang pun malas rasanya.
Aku ganti dengan ber-skype dengan makAyah dan adik2 aku kat Kajang. Ada gak teman nak bergosip2 jap.

Ber-skype dengan my lovely bapak. Ada orang kata muka dia macam Tuan Guru Nik Aziz. Ada rupa ke? Hahahha

Turun dapur, bukak peti ais, ada chicken meat ball, ayam, daging kisar dan sayur kobis je.
Lets cooking2. Main campak2.
Spaghetti Tomyam ala citarasa aku je. Exclusive resepi aku.

Sambil makan spaghetti yang sedap la gak kat tekak aku ni, layan Melodi jap. Still tak menarik minda aku nak focus. 
Pas solat zohor, turun, tengok housemate aku, Emah tengah nak makan spaghetti aku masak tadi. 
Semoga ko beselera makan la ye wahai kawan. Hahaha

Baru teringat nak snap gambar, pas housemate aku, Emah dah abis makan, Hilang seri sudah spaghetti ku ini

Bosan2 tu, layan la cita tamil kat tv2.  Slot Spice of India - Vaaranam Aayiram. 
Best la gak cita ni. Paham sebab ada subtitle. Banyak moral of de story.
Abis cita tamil dah jam 5pm. Rasa nak tido, tapi tak bagus lak tido pas asar, kang mewarisi kegilaan plak.
Alamak, tetiba.., rasa macam nak makan durian la plak..
Tapi housemate aku, si Emah tu tido la plak. Takkan nak jalan kaki pi pasar malam? Mau 45min jalan kaki. Mentang2 la ari ni aku takde kereta.  Waaaa...

Ni la dia cita tamil yang aku tengok tadi; Vaaranam Aayiram

Emmmm.. memang la bosan sungguh ari ini.
Semoga cepat la malam. Nak tengok cita Merlin, pastu nak tido. 
Cepat la ari isnin. Excited nak pi kerja ni. Ngeh  ngeh ngeh..

Dah maghrib ni.. moh kita pi solat. =)


Nota kaki:
Adakah aku demam panas ketika ini? Berharap cepatnya datang isnin sebab nak pegi kerja? Tak pernah seumur idup aku bersungguh2 nak kerja ari isnin. Huhuhuhu

  


Monday 9 January 2012

Confirm Halal Ke Apa Yang Ko Makan Tu?


Assalammualaikum wbt


Kali ini aku sekadar berkongsikan sebuah entry yang aku amik dari sorang kenalan di FB kepunyaan encik Latiff Zulkifli, yang telah aku edit supaya tidak berbaur perkauman dan sebagainya.
Sekadar renungan bersama2 yang tidak berniat untuk mencaci sesiapa juga.

Sedar atau tidak ,ramai umat islam langsung tak kisah tentang makanan2 yang mereka makan sama ada halal atau haram. Satu contoh yang hari-hari dapat kita tengok adalah digerai berhampiran antara Masjid Negara dan Bukit Aman.

Ada sesiapa sahabat yang biasa makan nasi lemak tanglin?
Letaknya gerai ini adalah diantara belakang masjid negara dengan bukit aman.

Gerai nasi lemak tanglin tu no. 6. Memang ramai peminat nasi lemak tu, berbagai bangsa meminatinya, alhamdulillah sedap jugalah...
Tetapi, digerai no. 1 pula pemilik gerainya adalah berbangsa cina.
Ramai sungguh orang-orang melayu / islam yang makan disitu. Mereka makan roti bakar, air teh atau kopi dan makan mee kari / sup.

Pelayan2nya adalah dua orang apek tua dan seorang nyonya separuh umur yang hari2 berkejar2an mengambil dan menghantar pesanan pelanggan.
Orang-orang melayu / islam yang makan disitu kebanyakkanya bertudung, dan yang lelaki banyaknya dah 40 tahun keatas, tetapi masih tak tahu nak jaga makanan. Ada juga yang berkopiah putih.

Ada saya tanya kepada beberapa orang yang lalu lalang dan gamak memakan air tangan kedai cina tu; jawapan dan alasan mereka cina-cina tu adalah, mereka cina hailam.
Cina hailam? Cina hailam ni islam ke?

Kalau nak ikutkan dan nak jaga keimanan kita, makanan2 yang disediakan oleh orang2 islam yang tidak menutup aurat pun tidak elok kita makan kalau ada seorang lagi penjual yang menutup aurat, ni apatah lagi makanan yang disediakan oleh bukan islam.




Nota kaki:
Apa komen kalian, sahabat blogger?

.



Saturday 7 January 2012

Best Ke Tak Kerja Aku ni?

 

Assalammualaikum wbt.

Ishh..kenapa la ramai sangat patient dan kroni2 patient bertanya kat aku soalan2 cepu cemas yang aku tak berapa nak gemar jawab ni.. Especially time aku oncall. Baru2 ni ada la sorang Apek yang riang hati bertanya gak walaupun akau tak berapa nak ikhlas menjawabnya..
Nak jawab, serba salah..
Tak nak jawab, nak buat muka bodoh je, kang kena complain sampai CEO plak.. Emmm...

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Patient: Berapa tahun lu kerja hospital sini?
Aku: Mau masuk 8-tahun lor. Sampai ke pencen la kot aku disini. Setia pada yang satu. Huhuhu

Patient: Banyak lama la. Sudah kaya la sekarang?
Aku: Kaya ke? Xder la. Tetap kuli juga la. Emmm..Tunggu aku jadi bini ke-4 share holder PantaiHolding, bole la kaya kot. hehehe

Patient: Gaji lu dekat sini, sama gaji goverment hospital, mana lagi bagus? Lagi banyak?
Aku: Apa punya soalan la apek ni bagi?? Sini ok la, tapi sana la bagus, sana kerja takde teruk macam sini. Gaji pun bagus. Elaun ada kasi lagi. Dulu memang ada sorang Radiologist tu offer nak masuk General Hosp, tapi aku yang bodoh sombong kata tak mau. Sekarang, nyesal gila wooo tolak offer tu.. Uwaaaa..nyesal nyesal 10x

Patient: Berapa lu punya gaji? Ada Rm 5ribu setiap bulan?
Aku: Alamak, soalan terperangkap ni.. Mana ada. Ada la sket. Bole la wat belanja hari2. Kalo aku gaji Rm5ribu setiap bulan, takperlu la aku bersengkang mata wat oncall selalu. Masuk tepat jam 9am, kuar jam 5pm. Seronok idup kalo camgini. Ye dak?

Patient: Kerja lu banyak senang ye. Kasi x-Ray saja. Cepat bole siap.
Aku: Kerja sudah lama la. Mula2 dulu susah jugak. Senang ke? Susah jugak la kot. Betapa peritnya aku nak menghafal segala bagai tulang2 dan anatomy badan manusia. Nak me-master kan diri guna segala mesin2 gergasi xRay ni, sampai nak give up pun ada. -itu dulu la. Sekang dah terel. Hahaha..ayat berlagak la sangat.

Patient: Lu tadi pagi ada kerja, ini malam lagi kerja. Takde penat ke?
Aku: Sudah biasa la. Ok saja. Ok?? Aku memang menipu sama ko apek. Mana ada oncall yang tak penat. Dah la ko tanya aku time 3-4am ni, mata aku nampak tilamBantal je ni.. Dah ko datang ke hospital pagi buta ni, terpaksa la aku gagah bangun buat kes jugak.

Patient: Kalo kerja malam macam ni, lu sorang saja ke? Tak takut ke?
Aku: Takder apa la. Okey je. Haiii..bikin aku hilang sabar je la soalan2 dia. Ikut2kan memang la kecut gak perut ni. Mana taknya, bilik mayat betul2 sebelah dinding xRay department. Tapi malas nak amik port sume2 tu. Aku tak kacau dia, jadi jangan la kacau aku plak. kan..

Patient: Lu banyak baik la. Doktor2 kat sini pun banyak baik
Aku: Ye ke? Sudah kerja saya itu macam. Mesti baik dengan semua orang.. Doktor pun ok, apa2 hal, kasi cakap sama diorang je. Hahahaha...bangga tu dipuji2. Weee..sukanyeee.. Tapi bab doktor baik tu..musykil sket. Hohoho. Aku pernah di-bustard dan di-mongkey donkey-kan oleh sorang doctor tu kerana hal kecil je. Malu sehhh..depan patient kena sembur.  Rasa tebal 5-inci kulit muka ni.

*** Nasib baik mr.Porter sampai awal. Sila la angkut patient itu dan kroni2 nya blah cepat2. Aku penat nak layan soalan2 menguji minda dari apek tu. Fuhhhh..Letihnya mindaku ini...


Jangan la jumpe benda2 camne time aku ber-oncall malam2. Cuak weiii kalo terjumpa.



Nota kaki:
Ari ni dan esok pun aku oncall. 100% mental fizikal dah ready nak bekerja untuk 56-hours. Demi mencari sesuap nasi. Cheewahh... Semoga banyak la kes yang mudah2. Amin



.

Tuesday 3 January 2012

Hamil Luar Nikah? Confirm Tidak !!



Assalamualaikum wbt


Today is busy day!!
Almaklum la semalam dan kelmarin rata2 orang bercuti. Maka ari ni berduyun2 la orang nak ke hospital.
Sakit pun bole pilih hari ker? huhuhu
Busynya ari ni sampi tiada lunch hour buat aku. Solat zohor pun dah jam 3pm. Mengejar dunia la sangat aku ni kan?


Ari ni plak si mr.Kumar tu bercuti la plak, nak menghantar anak dia ke sekolah masuk darjah 1. 
Bertambah2 la masalah bagi aku ni yang tak berapa nak suka jadi second incharge lepas si kumar tu. Sume masalah atas bahu aku. Rebeh bahu ni ari2 banyak masalah nak pikul.
Nak kena attend vendor yang datang visit, nak supervise student practical la, nak wat kes lagi dll. Patient complain pun aku kena handle. Bab tang patient complain ni la yang lemah sket. Kadang2 kena maki hamun depan public gara2 tak puas ati dengan xRay dept.
Huhhhh...apa la nasib badan.


Teringat kes aku attend complain sorang mak patient india tu beberapa hari lepas.
Dengan slumber badak la dia marah aku kat waiting area xray dept tu. Tak rasa bersalah pun dia meninggi suara kat depan orang ramai tu.
Tak malu ke dia? -Tak malu la kot
Sumenya gara2 salah seorang student aku bertanyakan kat anak dia yang nak wat xRay yang berumur 16thn  sama ada mengandung ke tidak.
Mak dia tak puas hati sebab konon2 kami menuduh anak dia mengandung.
Ishh..bukan macamtu sebenarnya.
Dah menjadi polisi xRay dept kena make sure sume patient bebas dari pregnant sebelum buat xRay.
Lagipun, dah puas berlapik nak bertanya anak dia memandangkan budak tu under age.


First, tanya last period bila. Second, tanya dah kawen ke belum. Last, baru tanya samada pregnant ke tak, sebab period dia yang dah missed lebih sebulan. Tu pun dok say sorry sebelum tanya pragnant ke tak.
Si emak yang tak puas ati tanya soalan macam tu kat anak dia, mula la bising2 kat kaunter, konon2nya soalan tu sensitif la sangat untuk anak dia. Sebabnya anak dia malu sangat. 
Nak malu apanya makcik oiii, bukannya kitorang tanya kat depan kaunter, depan orang ramai. Siap bawak masuk bilik lagi tu.
Lagi pun, kalo ko tak wat 'apa2', buat apa mau takut. Setakat soalan je kan. Ye dak?


Emak dia siap bagi warning kat aku lagi tu, yang dia kenal anak dia sangat2. Dan dia tau la, kalo anak dia tu pregnant ke tak. Katanya, kalo anak dia pregnant, dia takkan nak bawak pi xRay. Berdesing telinga dengar wooo..
- Haiii..sombong benar la ko bercakap ye makcik. Anak2 zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Macam2 bole jadi.  Kalo tak pregnant sebab suka sama suka, terpaksa rela pun bole jadi gak. Kes pelik2 banyak sekarang ni.
Aku dah jumpe macam2 kes yang melibatkan ter-accident pregnant ni. Antara nak kena heart attack ke tidak je mak bapak yang dapat tau time result kuar tu. Jadi jangan confident sangat ye.


Nak tak nak, demi taknak memanjangkan kes tadi tu, aku pun mintak maaf bagi pihak staff2 dan gak student2 xRay dept kat mak patient tadi tu. Cuma aku tekankan kat dia yang setiap patient perempuan yang dah akhil baligh dan dalam usia subur, akan di check samada pregnant ke tak, bukan untuk anak dia aje yang ditanya.
Tu polisi department yang kena follow.
Lega, dia pun dapat terima. Syukur alhamdullillah, kes tutup kat situ je.


Mak aku selalu cakap, mak2 zaman dulu2 dengan mak2 zaman sekarang tak sama. Mak2 dulu2 marahkan anak dia dulu, baru marahkan orang lain. Tapi mak zaman sekarang terbalik... anak sendiri sentiasa terbaik.
Uishhh...macam2 betul la.




Nota kaki:
Aku ni bakal jadi mak yang macamana la gaknya kan? Ngeh ngeh ngeh
.







Monday 2 January 2012

Bonus Dapat Banyak Ini Je?


Assalammualaikum wbt

Payslip bonus dah upload online kat website Hosp.Pantai
Berdebar2 tadi nak click. Dah macam nak amik result exam setiap semester dulu2 plak.

Semestinya topik hangat pada minggu adalah bab bonus.
Soalan favourite bagi ramai staff kat sini : 'berapa bulan bonus ko dapat ye?'
Bagi yang dapat sket je bonus tu, ishhh..berbulu2 la telinga nak dengar.
Ditambah la plak dengan sakit ati sebab tak puas ati, dicampur plak dengan soalan2 cepu cemas yang bisa bikin panasss..

Komen aku plak? -hahahah. Banyak gak yang tak puas ati ni.
Payment bonus last week dah masuk. Aku dah rembat sume duit2 yang ada dan menyalurkan kepada bahagian2 yang perlu.
Bila check kat cimbclick pagi tu, tekejut beruk tengok amount yang ada dalam akaun.
Ishh..biar betoi, awat la sket sangat ni. Takpuas ati ni!!!
Puas la aku congak2 berapa bulan la aku dapat tahun ni.
Macam sket je dari tahun lepas. Huhuhu sedihnya ati, sebab kalo bonus sket, maknanya prestasi aku kerja menurun tahun ni. Tu pasal dapat sket je. Uwaaa....

Surat dari dah HR menyusul memberitahu berapa bulan bonus aku dapat.
Fuhhh...alhamdullillah, bonus aku lebih dari tahun lepas. Senyum sampai telinga tu..
Hahahaha..sukanya dalam hati, kalo dapat bonus tinggi.. Lalalala
Tinggi ke? Tak la tinggi mana, tp aku bersyukur atas rezeki Allah bagi pada aku tahun ini.

Tapi payslip tak upload lagi, jadi takde black+white nak kata berapa aku dapat.
Past check, tadi baru aku tau, yang menyebabkan aku dapat sket duit bonus tu adalah kerana deduction kwsp dan lhdn.
Wehhh..banyak tu income-tax tolak duit aku. Dekat2 Rm1300. Campur deduction kwsp, bonus aku lesap Rm2034.25. Banyak tak?
Setakat kwsp tu tak la aku heran sangat, sebab nanti esok2 aku tua, panjang umur bole la guna duit tu. Dah namanya lagi simpanan hari tua anda.
Tapi income-tax tu yang aku frust banyak tu. Penat2 la aku bekerja bersengkang mata 24jam berhari2, alih2 ke lhdn juga la duitku pergi. Uwaaaaa....

Namun begitu aku redha je la. Dah banyak tu rezki yang Allah tetapkan buat aku bab bonus ni.
Alhamdulillah, aku bernasib baik sebab mendapat bonus lebih dari kawan2 sekerja yang lain yang rata2nya merungut dapat sket je tahun ni.
Simpati aku pada 2-3org kawan yang merajuk dan menangis berbengkak mata akibat tidak puas ati dengan pembahagian bonus kali ni.
Pasti ada jawapan kepada nilai bonus yang diorang kata dapat sket tu. Tu kalian kena tanya pada incharge masing2 la ye bagi mendapat kepuasan hati sendiri.


Nota kaki:
Thanks pada mr.Kumar yang mem-promote naik jawatan aku dan memberi markah yang tinggi untuk bonus aku. Really2 appreciate. Semoga Allah membalas kebaikanmu walaupun kita tidak seagama. Amin..

.



BilaTerpaksa Rela Oncall DiHari PH...


Assalammualaikum wbt

Entry pagi ni dimonopoli oleh 'mood malas'. Mood malas nak bekerja !!
Haiii..disaat orang lain bole belenak2 dan bergolek2 kat atas katil depan tv dihari public holiday ni, aku lak terpaksa rela ber-Oncall kat hospital.
Kenapa la kena turn aku plak kena oncall ari ni?
Nasib la ko wahai badan..


Actually, yang me-moodykan aku nak ber-oncall ni adalah time kerja yang panjang sebenarnya.
Just imagine, standby oncall stat jam 6am (Isnin) sampi 9am (Selasa). Pastu stat 9am (Selasa) masuk keja ofis hour sampai 5pm (Selasa). Lebih kurang 35 jam kerja direct. 
Kalo tiba2 ada staff yang nak bertukar oncall petang selasa tu, mintak cover sebab ada hal personal, terpaksa la standby oncall lagi bagi pihak dia sampi la ke 9am esok hari lagi (rabu). Pastu sambung keja ofis hour plak sampi jam 5pm. 
Petang tu, baru la bole balik umah.
Oh tilam bantal ku... I'm back sayang !!

Penat? Of course la YESS. (Jangan la ditanya soalan cepu cemas yang bole bikin darah naik ni ye) 
Penat yang menggila yang membuatkan hati dan hormon aku imbalance.
Mana taknya, kadang kes ada time pagi2 buta tu. Jam 2-3am ada kes accident dan mabuk lak. Baru nak lelap mata 1jam, datang lak kes baru.
Ni yang bikin hati panas je.. Sebab badan dah penat, mata dah mengantuk seharian kerja.
Kalo aku bole pengsan, dah lama pengsan kot. Hahaha. 

Actually, oncall ni kalo ramai patients memang bole bagi tebal poket ujung bulan. Sebab oncall ni dikira extra money buat aku. 
Kalo keja kat hospital swasta, oncall dibayar mengikut ramainya patients yang datang berXray.
Lagi banyak kes, lagi penat badan, lagi banyak la yang masyuk ujung bulan.
Bab RM ni la yang menguatkan semangat aku nak keja. Sebab nak bayar utang piutang keliling pinggang.
Kalo diikut2kan ati, memang tak larat.  
Sebab tugas Juru XRay a.k.a Radiographer ni amat penat, penat dan penat.

Penat melayan kerenah patients yang ada tu ngada2 je, doctor yang fussy dan relative patients yang banyak cekadak. 
Penat badan dan sakit sendi2 nak mengangkat patients yang kurang berkemampuan bergerak dan menolak mesin xRay kehulu hilir.
Memang Penat. Penat. Penat.
Tapi mana bole nak mengharapkan gaji basic je kan. Tak bole la nak merencah nak beli tu ini. Nak bantu family lagi etc
Jadi terpaksa rela la juga wat oncall selagi sihat badan ni. 

Namun begitu, aku dah bercinta cintun dengan tugasku ni, dah nak 8 tahun dah.
I love my job very well !! walaupun badan ni penat sangat hari2.
Dan aku bangga menjadi seorang Radiographer. (Ayat berkobar2 je..)


Pecaya atau tak, aku penah standby oncall + keja ofis hours = 24jam straight untuk 9days??
Satu keja menggila yang aku willing to do.
Sampaikan mak aku kata 'Ko tido la atas duit tu. Usah balik2 umah'
Kuang Kuang Kuang. Pedih sungguh ayat mu itu, wahai emak. Huhuhu


Nota kaki:
Tahun ni usia dah bertambah lagi. Mampu ke nak ber-oncall berhari2 macam dulu2 tu??


Sunday 1 January 2012

Coming Soon TENTANG DHIA 2 !!



Assalammualaikum wbt


Dah masuk tahun baru dah pun, tapi masih ramai lagi yang soksek2 pasal cita Tentang Dhia.
Peminat2 tegar cita Tentang Dhia masih sibuk memperkatakan endingnya cita tu. Melahirkan rasa tak puas hatinya kerana ending cita yang amat mengecewakan.
Kecewa ke? Hahaha..aku pun terkena la juga, (sket je) tempias kecewa ending cita tu. Tapi namakan lagi cerita, apa2 pun bole jadi kan?
Ada yang mengatakan pengarah cita Tentang Dhia ni, kemandulan idea? Hahaha.. kesimpulan ayat yang tak bole blah langsung.
Emmm... terpulang la pada komen masing2. Aku?-no komen


Bagi yang mengharapkan ending balasan pada maknya Zikir yang jahat banget tu, sila nantikan kesinambungan Tentang Dhia 2 akan datang. 
Coming Soon. 
Segala2nya berkisarkan tentang balasan terhadap KuSalmi..

.
.
.
.
.
.

Tima kaseh pada pn.Nurul Azham atas preview cita Tentang Dhia ni. Sama2 kita nantikan cita ini.




Sama2 kita nantikan Tentang Dhia 2 kat slot Seram @  TV3. Diharapkan peminat2 tegar cita Tentang Dhia akan terubat jiwa mereka menonton cita kesinambungan ni plak.

Pesanan: Sila bawak bantal semasa menonton nanti, bole wat tutup muka, kot2 tekejut bila tengok hantu2 yang mengejar KuSalmi.
Hahahaha (gelak jahat...)




.

Meng-Carry Foward Azam Tahun 2011



Assalammualaikum wbt


Selamat Tahun Baru 2012.
Cepat sungguh masa berlalu. Begitu cepat 2011 berlalu rasanya, meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis.


Sambutan malam tahun baru semalam, aku sambut kat umah je. Sekadar melihat percikan bunga api dari tingkap bilikku saja. Tak penah dalam sejarah idup aku yang dah nak 30thn ni celebrate acara2 camgini kat luar.
Mungkin kerana makAyah aku tak penah pun mendidik dengan cara begitu sejak dari kecik.
Ramai juga orang kata aku ni jenis yang 'typical malay' kerana bersifat anti sosial.
Tapi.. typical malay ke aku, tidak keluar umah malam2 untuk menyambut dan menyertai segala macam acara tengah2 malam tu? 
Ahh..biar la. Tak bernanah pun telinga mendengar orang kata camtu.
Dan aku bahagia menjauhkan diriku dari aktiviti2 'sosial' ini.


Cerita pasal 2012.. macam biasa la. Azam baru lagi.
Azam lama apa cita?
Carry foward lagi la kot azam2 tu.. (Yepp..sudah semestinya..)
Cuti tahun lagi bole foward ke depan, ni plak azam. Ye dak?? Hehehehe
Setahun yang panjang tu pun tak sempat nak merialisasikan azam2 tahun lepas, walhal bukan la banyak sangat azamnya, kan?


Apa2pun,
Semoga tahun 2012 ni bakal memberikan sinar baru dalam pemanduan hidup kita semua untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Semoga tahun ini kita di beri petunjuk dan hidayah untuk lebih mengenali dan menghayati kehidupan kita sebagai hamba Allah


Nota kaki:
Apa azam aku? -banyak. Tak tersebut disini. Salah satunya, menggenggam motto idup aku.
Kata2 seruan a.k.a motto hidup aku tahun 2012 ni : Sudahkah aku bersedekah hari ini?


.

Segmen: Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012 by Mr.HASRULHASSAN.COM™

Assalammualaikum.


1st segmen yang simple sangat2 pada tahun 2012 ni. Mari2 join ramai2 bagi yang ingin menambah sahabat follower. Thanks pada Mr.HasrulHassan.




Syarat mudah:
- Buat satu entry dengan tajuk: Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012
- Tempek badge yang dah disediakan dan link ke entry ini
- Tulis target berapa follower blog yang nak anda capai menerusi segmen ini.
- Dah siap? Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen
- Maka, jadilah follower blog ini.. Sebagai tanda persahabatan dalam dunia blog.

Sekian

Nota kaki:
Berapa aku target menerusi segmen ini?
- Tak payah la target2, mengikut keikhlasan sahabat yang sudi mem-follow je. Thanks sahabat.




,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...