sahabat blogger

Monday 5 March 2012

Garangnya Dia Macam Singa Betina

Monday kembali lagi. Memang tak sabar nak melepaskan ari ahad lalu memandang terpaksa bekeja dan ber-oncall dari sabtu hingga ahad. Penantnya badan ini.
Ari isnin ni jugak la, adalah ari dalam sejarah aku menerima student praktikal yang totalnya seramai 11 orang berkumpul serentak dalam xRay department.

 

Huii..peningnya dok tengok ramai sangat umat manusia dalam department yang sempit ni. Terasa congested plak. Sampai kan DrSalleh kata, dalam ramai2 student ni, kalo rasa ada antara mereka yang rasa mereka tak berguna disini, bole2 la balik umah.
Perghhh... baik punya ayat ye boss. =)

Ye la mana taknya, dah ramai2 ni bukannya diorang bekerja pun. SokSek je yang lebih.
Ditambah lagi dengan machine CT Scan yang suddenly down, memberikan lebih peluang untuk si student ni goyang2 kaki. Bila suruh buat kes plak, punya ramai2 nak handle si pesakit. Sorang nak pegang tangan, sorang kaki, sorang kepala. Lagi sorang nak pegang mana plak?
Weh..ingat hospital goverment ke? Dah macam semut mengerumun gula la plak.
Bila dah ramai ni, maka lagi payah la aku nak mengawal keaadaan. Bertambah2 la cepat darah aku meruap naik ke kepala dok menjerit sana sini memberi arahan.
Kecik ati? Sememangnya bebudak tu terasa ati dengan aku yang selalu tegur dan ambush diorang. 
Sorry la adik2 semua ye. Kalian tak cukup preparation nak berposting lagi.  Tak semua benda, aku mampu nak tunjuk ajar korang. Setakat nak men-topup ilmu korang yang tak cukup bole la. Sepatutnya kalian bersedia awal2 membaca apa yang patut sebelum mari praktikal. Mana mungkin nak bersuap baru nak makan, kan?

Kegarangan aku ni membuatkan majority student yang baru lapor diri kecut perut nak bekerja dengan aku.
Hahaha.. baru korang tau.. Aku la missDila, juru xRay yang garang itu. Jujur memang aku garang.
Adik2 aku pun kata, aku ni garang macam singa betina. 
Auummm... Eeee..garangnya..
Tapi garang aku bersebab.. supaya korang pandai cepat dan lebih berusaha nak jadi pandai.
Biar sepandai aku jugak. Hahahahah. Perasan lebih.. 



Nota kaki:
Pertanyaan pada juruXray semalaysia; adakah kalian stress + tension mengelolakan student2 praktikal anda yang banyak cekadak itu? Baik la mengaku yerk... 
Kita serupa.  ~lalalalala



4 comments:

Anonymous said...

salam.. susah sgt ke kerja x-ray ni? rasenye tak perlu sampai kritikal thinking.. garang pun tgk laa carenye, dr pd org start menyampah nanti..

MsDila said...

anonymous:
keja yang senang pada seorang senior. dah makanan ruji hari2. cuma;
1) letih melayan kerenah pesakit swasta yang agak cerewet yang sentiasa mendesak nak cepat yang konon2 dia je yang membayar cash sorang, yg menjadikan mereka kadang2 menengking2 kita dihadapan pesakit2 lain.
2)pedih menadah telinga di stupid monkey & dongkey kan oleh sesetengah doktor pakar hampir setiap hari.
3)make sure semua jenis procedure mesin xray yg ada di master diri kan. tak la ter-bodoh2 tak tahu nak buat kes bila tima order xray pelik2 dari doktor pakar yg cerewet2 tu.

knp terpaksa rela perlu garang dengan student?
anatomy dan basic positioning fail,-nak membezakan tulang2 dalam term medical pun tak tahu. benda basic tu. nak jadi juru xray, anatomy kena bagus walaupun tak tip top. kalo dapat order buat hand xray, tapi mereka wat shoulder xray, apa cita cmtu? mesti kena marah la. tu pun tak dapat membeza kenal. datang praktikal adalah untuk mempraktikkan apa yang dah diblajar, bukan baru nak stat beljar. kitorang ni bukan semata2 nak supervise student je, kes pun nak buat juga,doktor dan patient pun nak attend gak. all in 1.

** biar la diorang nak menyampah, itu hak diorang. suatu hari nnati mereka akan paham knp aku garang, sebab mereka juga kan jadi juruXray dan akan menerima student juga. jika diizinkan Allah

Ezad Skytech said...

ada sebabnya garang2 ni kan...bukannya saje2...

MsDila said...

ezad: betoi tu. garang sebab nak menjadikan mereka orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...