sahabat blogger

Thursday 8 March 2012

Menghitung Hari, Detik Demi Detik

Ishh..nervous DugDapDugDap ati ni.
YaAllah, takutnya aku nak menanti dan menempuh ari itu, walaupun hakikatnya aku tersangat2 teruja menantinya. Aku sudah menanti ari itu bertahun2 lamanya.
Tapi makin dekat dengan ari itu, makin risau plak ati ni, walaupun pun aku yakin InsyaAllah segalanya akan berjalan lanjar. Terasa begitu cepat jam tuk ber-TikTokTikTok bergerak.
Adakah aku belum bersedia sepenuhnya? InsyaAllah, aku dah bersedia, yaAllah.

Jadual flight bersama Emirates Airline.
Sepatutnya aku naik flight direct ke Madinah, tapi entah macam mana la pihak pengurusan TiramTravel SdnBhd ni menguruskan perjalanan, smpai bertukar flight ke Jeddah. Terpaksa la dr Jeddah naik bus ke Madinah 8 jam plak.
Ermm...mencabar kesabaran sungguh la berpakej dengan company ni. Wajar ke begitu?

Semoga Kau menerima amal ibadah aku ini, yaAllah.
Tenteramkan hati kecil aku ini yaAllah, yang takut andai disana Kau memberikan dugaan hebat pada aku akibat dosa2 lalu dan tingkahlaku buruk aku disini. 
Semoga aku akan menjadi lebih baik dari saat ini sekembalinya aku pulang nanti, InsyaAllah. Jika dipanjangkan umur untuk kembali ke Malaysia. Amin..


Denda Early Supper

Finally, kami di belanja makan juga oleh cikEmah akibat kekalahan dia mendapat point terendah mengemas rumah pada bulan february lepas. Nasib baik terkena undian belanja kami kat mcD aje. Still tahap mampu bayar la. Kalo terpilih belanja kat tempat yang agak mahal macam cabut undi tu, mau rabak poket nak membayarnya.

Actually kat umah aku ni telah dilancarkan rules gila sket. Barang siapa yang paling malas mengemas rumah akan didenda membelanja kawan2 yang lain makan.
Tempat makan bergantung pada undian yang si kalah yang cabut. Kalah atau paling rajin mengemas adalah berdasarkan sistem point mengemas. Macam kelakar je bunyinya, tapi kesannya sangat bagus buat kami. Rumah sentiasa bersih dan tiada rasa tak puas ati among housemates pasal isu siapa yang megemas umah sentiasa.
Kamu malas, kamu dapat markah sket, kamu didenda, kamu kena belanja dan kami kenyang perut.
Every month begitu. Terasa rabak poket nak belanja kawan2 setiap bulan, sila la rajin2kan diri anda mengemas umah.
Mudah bukan? Aku gak tak terlepas dulu terkalah dalam undian bulan tersebut. Time aku dulu, terkena undian kat buffet steamboat. Menang kempis poket time tu..

Tapi tu la, timing makan macam tak kena la plak.
Jam 10.30pm baru nak makan. Balik umah, dah nak dekat jam 12am. BamBamBum..terus tido. Memang sesuai sangat la nak membina badan dan menternak lemak.
Makan setakat 300gm berat burger, tapi naik berat dekat 2kg. Macam tak adil betul perkiraan naik berat ni kan?

Lambakan kentang goreng yang bakal melambakkan lemak kat badan kami2 ni
 
Eija dan Im; antara calon2 yang bakal didenda bulan2 akan datang. Hanya mereka yang terlepas.

Muka Zana macam dipaksa rela ajak makan free kat mcD

Lepas si Im menghabiskan kentang sedulang, kini turn mcChickenDeluxe la plak. Memang kuat betoi dia makan

Apa la yang funny sangat si Eija ni tengok kat burger tu agaknya

Thanks daun keladi pada Emah, kerana terpaksa membelanja kami early supper. Bulan depan cuba lagi ye berusaha kemas umah, so that terbebas dari didenda. hahahah.
Sampai ketemu di meja denda akan datang ye kengkawan. Sapa la muka insan istimewa terpilih tu ye.
Arap2 bukan la muka aku yang kena. NgehNgehNgeh



Monday 5 March 2012

Garangnya Dia Macam Singa Betina

Monday kembali lagi. Memang tak sabar nak melepaskan ari ahad lalu memandang terpaksa bekeja dan ber-oncall dari sabtu hingga ahad. Penantnya badan ini.
Ari isnin ni jugak la, adalah ari dalam sejarah aku menerima student praktikal yang totalnya seramai 11 orang berkumpul serentak dalam xRay department.

 

Huii..peningnya dok tengok ramai sangat umat manusia dalam department yang sempit ni. Terasa congested plak. Sampai kan DrSalleh kata, dalam ramai2 student ni, kalo rasa ada antara mereka yang rasa mereka tak berguna disini, bole2 la balik umah.
Perghhh... baik punya ayat ye boss. =)

Ye la mana taknya, dah ramai2 ni bukannya diorang bekerja pun. SokSek je yang lebih.
Ditambah lagi dengan machine CT Scan yang suddenly down, memberikan lebih peluang untuk si student ni goyang2 kaki. Bila suruh buat kes plak, punya ramai2 nak handle si pesakit. Sorang nak pegang tangan, sorang kaki, sorang kepala. Lagi sorang nak pegang mana plak?
Weh..ingat hospital goverment ke? Dah macam semut mengerumun gula la plak.
Bila dah ramai ni, maka lagi payah la aku nak mengawal keaadaan. Bertambah2 la cepat darah aku meruap naik ke kepala dok menjerit sana sini memberi arahan.
Kecik ati? Sememangnya bebudak tu terasa ati dengan aku yang selalu tegur dan ambush diorang. 
Sorry la adik2 semua ye. Kalian tak cukup preparation nak berposting lagi.  Tak semua benda, aku mampu nak tunjuk ajar korang. Setakat nak men-topup ilmu korang yang tak cukup bole la. Sepatutnya kalian bersedia awal2 membaca apa yang patut sebelum mari praktikal. Mana mungkin nak bersuap baru nak makan, kan?

Kegarangan aku ni membuatkan majority student yang baru lapor diri kecut perut nak bekerja dengan aku.
Hahaha.. baru korang tau.. Aku la missDila, juru xRay yang garang itu. Jujur memang aku garang.
Adik2 aku pun kata, aku ni garang macam singa betina. 
Auummm... Eeee..garangnya..
Tapi garang aku bersebab.. supaya korang pandai cepat dan lebih berusaha nak jadi pandai.
Biar sepandai aku jugak. Hahahahah. Perasan lebih.. 



Nota kaki:
Pertanyaan pada juruXray semalaysia; adakah kalian stress + tension mengelolakan student2 praktikal anda yang banyak cekadak itu? Baik la mengaku yerk... 
Kita serupa.  ~lalalalala



Friday 2 March 2012

Pesan Jumaat: AkuLah Si Baik & Jahat Itu



Quotes ini aku gambarkan sebagai diriku. 
Aku la insan si baik dan jahat itu. 
Berusaha untuk bertambah baiknya aku kerana menyesali segala cerita hidup di zaman lampau aku. Kerana merasakan segala2 didunia ni adalah milikNya membuatkan aku menginsafi diri, agar aku tidak terus kufur nikmat atas segala serba-serbi kesenangan yang telah aku perolehi.
Kerana percaya bahawa peluang bertaubat itu sentiasa terbuka luas, meyakinkan aku bahawa Allah akan sentiasa bersama2ku dan akan memberikan yang terbaik buat aku selagi aku menjaga hakNya juga, sekalipun zaman laluku penuh berdosa. 
Semoga berterusan pencerahan diri ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...