sahabat blogger

Saturday 5 November 2011

Perutku Bloated a.k.a Kembung



Assalammualaikum wbt

Arrghh... perut ku bloated !!
Ni gara2 aku menggatal pi beli air mocha ais kat AlamCafe hospital la tengah hari tadi. Terliur sesangat dengor orang lain minum mocha. Jadi, aku pun nak la jugak mocha tu.
Alahai... mana la tau kan jadi ini macam.. huhuhu

Sebelum ni memang la aku tau yang perutku ini allergic dengan kopi, nescafe, indocafe dan semua yang ada bunyik2 kopi cafe la. Tak terpikir la plak yang mocha ni adik beradik tiri si kopi dan cafe ni. 
Uwaaa..menderitanya rasa bila bloated perut ni.

Terasa macam angin berpusar2 mengalahkan puting beliung kat dalam perut ni, akibat lebihan gas dalam usus aku ni yang  menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang.
Nasib aku memang baik, sebab aku beli mocha tu dekat2 nak balik kerja tadi. Kalo tak mahunya semua patient2 aku dengar magika musical dari perut aku ni.
Malu la saya...

Walaupun aku ni kerja dah bertahun2 kat hospital, tapi bab2 nak jupe doctor untuk mintak ubat ni adalah benda terakhir la yang akan aku buat. Malas nak mengadap muka Medical Officer yang on duty tadi.
Akibatnya..teraksa la aku tanggung sendiri.
Oh perut, kamu telah dipenuhi dengan angin berlebihan . Maka itu la, perut aku terasa sangat penuh.
Apa mahu buat sekarang??
Keluar la semua2 angin cepat!!

Kesiani la aku, cik perut. Kita dah lama berkawan, sejak 29 tahun lepas. Jangan la meragam begini.
Please cik perut... please...
Semoga pagi esok, perut ku kembali sihat macam sediakala. Amin..


Nota kaki:
Please say no to adik beradik kopi !!!
(Sesungguhnya, itu la tandanya nikmat minum kopi/ nescafe dll yang telah ditarik oleh Allah untuk ku. Ni baru sedikit, kalo esok2 Allah tarik nikmat2 lain pulak, apa akan jadi pada aku?)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...