sahabat blogger

Saturday, 5 November 2011

Kisah Aku Dan Pesakit Itu



Assalammualaikum wbt

Ari ni sabtu. Biasanya sabtu kami kerja halfday je, sampi jam 1 pm.
Sabtu memang enjoy je kerja, sebab bagi aku walaupun busy, masih bole cope jugak. Sebab mind set aku kata, aku akan balik awal ari ni.


Ari ni best gak keja, sebab Mr. Kumaran takder. Jadi aku dengan si kalpana bole la membedal pakal selipar je pi keja. Hahaha. Suka dan suka la sesangat.
Kalo ada Kumar, mesti marah bebenor la dia kat kitorang. 


Dipendekkan cita, tadi adalah sorang patient ni, makcik Thanaletchumy. Umur dia 75 tahun. Dari clinic orthopaedic. Actually dah baya opah aku je patient ni. Tapi sebabkan diorang ni patient aku, maka aku panggil je aunty. Biar diorang rasa muda sket. Heheheh.
Sian kat makcik ni, sakit kaki. Biasa la faktor usia yang dah meninggkat. Tapi bole lagi la nak berjalan. Tapi bagai dipaksa2 je.
Wheelchair la terbaek untuk makcik ni, senang nak bawak dia jumpe doctor dan datang x-ray. Senang untuk makcik, dan paling penting senang untuk aku jugak.


Entah apa la yang pada pandangan makcik ni yang aku buat pada dia sampai dia kata aku ni terlalu baek pada dia.
Baik ke aku ni? Hehehe. Nak gelak besar pun ada ni..

Aku ni memang la mulut manis dan mesra alam dengan semua patient2 aku. Dah tugas, begitu la aku jadinya.
Bagi aku diorang yang tua2 ni macam mak/ayah aku gak. Jadi aku memang cuba memberikan yang terbaik, walaupun selalunya kadang2 diorang ni banyak ragam dan kurang berkederat.
Sabar terpaksa menggunung dalam hati ni. Ari2 bersabar-sabar.


Berbalik pada cita makcik tadi, lepas je aku meng-Xray kaki dia, boleh ke dengan tiba2 dia pegang muka dan dagu aku dan cium dahi aku. Pastu siap cium tangan aku. Lama plak tu.
Perhhh... dah macam babak2 cerita hindustan kat tv3 la plak tadi. Macam adegan si ibu memberi restu pada anak menantu dia. Kalo kat tv, layannnn je la kan?
Ni siaran langsung... 
Aku plak yang tak keruan rasanya.
Apa next yang patutnya aku wat sebenarnya?
Confius kejap. Blank. Huhuhu


Tersengih2 macam kerang busuk la aku sekejap. Bangga pun ada. Hehehe. 
Tak sangka plak aku dihargai macam tu.
Kata si kalpana tadi, lain kali tunduk la sentuh kaki dia. Amik restu. Mengikut kepercayaan kaum india, kalo orang tua yang buat camtu benar2 ikhlas, maknanya dia betul2 mendoakan kita.

Aku tersenyum.
Terima kasih. Doakan aku yang terbaik ye makcik Thanaletchumy. 
Harap kaki makcik cepat sembuh. Tu doa  aku plak buat makcik. Amin



Nota kaki:
Ishh ishh ishh... patutnya aku mintak makcik tu doakan aku jumpe laki kaya, yang ada umah 10 tingkat. Senang la hidup makAyah aku nanti. Setingkat aku laki bini duduk, lagi sembilan aku watkan sewa je. hahahaha. (idea jahat yang mahal ni !!!)

1 comment:

hanah said...

haha..lawakla doktor ni. gud luck! truskn kerja anda :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...