sahabat blogger

Thursday, 10 November 2011

Hari Yang Busy: Version Sakitnya Hati

Gyo Fujikawa's Oh, what a busy day!


Assalammualaikum wbt

Baru je beberapa hari lepas, makcik Thanaletchumy memuji2 betapa baik la sesangat aku melayan dia. (hihihi..kembang kempis hidung ni suka ati aku kena puji)

Tup tup, ari ni plak, ada sorang Ah soo cina ni a.k.a mak patient aku ni plak mengamuk2 macam kena histeria marahkan aku yang memang tak bersalah langsung dalam cerita ini.

Semata2 rasa tak puas hatinya dia sebab anak dia yang umor 7 thn tu kena cucuk 2 kali sebab tak dapat nak masukkan jarum untuk procedure CT Scan Neck.
Ah soo ni siap bole mempertikaikan kelayakan Dr. Emily yang baginya tak berapa nak pro mencucuk2 tangan anaknya.

" Itu doktor ada pandai ke tak, mau masuk jarum? Berapa kali mau cucuk. Itu budak kecik, lu tau ka?"
Ayat yang tak bole blah yang bikin aku panas je yang dengar dari mulut Ah soo ni.

"Hello ah soo.. Bos aku tu dah bertahun2 servis dalam medical line tau. Cakap jangan sedap mulut je tau !!!) - Dalam ati je la aku mejawab geram.

Nasib baik la ko ni sedara mara patient aku!!
Bersabar sungguh la aku kena jerit dan tengking di kala department aku tengah busy tu..
Patient always right !! -ye la right sangat. Apa punya falsampah company macam ni??

Actually bukan salah sesiapa pun. Anak ah soo tu yang terlalu takut, plus dengan bilik CT scan yang terlalu sejuk, campur plak dengan dia yang badan kecik, memang la susah la dapat cucuk vein budak tu.
Dr. Emily yang pro beribu2 kali cucuk patient pun bole give up juga. Betapa halusnya vein budak tu.
Akhirnya terpaksa la aku mencari Dr.Zakir (pakar bius) untuk set jarum kat budak tu.
Dah tak larat nak dengar mak dia menjerit macam hilang arah tu..

Alhamdulillah. Setel masalah.
Alasan tak bole blah dari ah soo ni adalah, anak dia puasa dari pagi tadi sebab tunggu untuk kena masuk jarum.
Bila la masa plak, budak2 kecik kena puasa untuk procedure CT scan? Aku tak bagi arahan macam tu pun.

Alahai ah soo... lu memang manyak pandai.. itu la pasai anak lu manyak lapar. Sebab lu suruh dia puasa.

Hasilnya..
Aku yang kena marah bertalu2. Macam gendang yang di palu2.
Si Kalpana pun kena gak tempiasnya, tapi aku la yang kena teruk memandangkan aku yang incharge CT scan ari tu.
Malu wehh..depan patient2 lain kena jerit2 camtu.
Macam la aku ni takde muka, si ah soo tu wat.
Huhhuhu...nasib la badan.

Sudah la dengan xRay department yang busy melampau dengan patient, sampai aku, Kalpana dan Azlina nak lending2 jap pun x bole.
Makan pun macam nak tercekik je. Aku sempat la pi solat zohor je. Jam 3.30pm. Memang zohor gajah namanya. Dah nak penghujung dah.

Haii cik Dila oiiii...
Penting la sangat keduniaan ko ye. Mati nanti siap la ko..
Ngeee...padan muka aku!!


Nota kaki:
Beginikah caranya environment kerja aku sampai aku pencen nanti??? Huhuhuhu..tidakkkkkk!!!!!!


.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...