sahabat blogger

Thursday 10 November 2011

Ayah Sekarang Pelupa?



Assalammualaikum.

Berderaunya darah bila adikku, Shikin bagitau tadi yang ayah sekarang mudah lupa.
Terasa sebak dan hiba hati ini walaupun aku belum melihat kesahihannya sendiri.
Setiap hari aku berhadapan dengan patient2 ku yang tua di hospital. Majori yang tua2 sume sudah lupa.
Sifat azali orang tua2. Pelupa adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Aku bagai tak bole tima hakikat yang ayah sudah menuju zaman tuanya. Walaupun pada bulan lepas baru sahaja aku menzahirkan ucapan "Selamat menjadi warga emas, ayah" kerana dia telah pencen.
Ayah akan mengalami mengalami penurunan daya ingatan.

Tapi aku masih terbayang2kan akan ayah dizaman muda nya, di kala aku masih hingusan.

Ayah tabah menjenguk aku selepas seisi persolahan kebangsaan ku sebelum aku menyambung seisi sekolah agama disebelah petang. Menemani aku dan adikku, Danial menjamah nasi bungkus sejuk yang telah dibekalkan oleh emak dari awal pagi tadi. Setiap hari. Betapa cekalnya dia melayani kami.
Itu cerita 20thn yang lepas. Segar diingatan aku.

Ayah la yang setiap masa menjerit mengingatkan kami tentang solat. Ayah jugalah yang menyiram air sebaldi diatas katil kerana aku tekad untuk tido dan tidak mahu bersolat subuh. Juga, merendam aku kedalam kolah yang penuh airnya dalam bilik air kerana aku degil tidak mahu bersolat isyak pada suatu malam ketika usiaku 11 tahun.

Masa berlalu dengan penuh cabaran.
Ketika aku di tingkatan 5, akau digantung sekolah kerana bermain dalam makmal biologi, dan ayah la yang menapak menebalkan muka memberi jaminan aku berkelakuan baik.
"Jangan jadi taiko disekolah !!!" - kata2 amaran ayah yang akan aku ingat sampai mati.

Aku menginjak dewasa. Ayah dan emak datang menziarahi aku di uitm shah alam hampir setiap minggu sepanjang aku belajar. Memberikan aku kata2 semangat agar aku berjaya. Kerana aku anak sulong, harapan mereka untuk membuktikan bahawa kami yang beradik beradik ramai dan hidup susah mampu berjaya.

Mak selalu kata, aku ni istimewa buat ayah dan emak kerana aku lah buah cinta hati mereka yang pertama.
Dan aku bangga mendengarnya.

Bila aku mula bertugas di Pantai Hospital Klang, ayah dan emak lah yang menghantar aku dan menjenguk aku sekerap mungkin sementara aku masih belum mempunyai kereta.
Itu kisah hampir 8 tahun lepas.

Dan kini... ayah ku..
Ya,orang tu itu, sudah menginjak usia. Tidak sekuat dulu, mahupun badan dan pikiran..
Aku tidak sekuat itu untuk menerimanya. Tidak sebagaimana aku melihat dan berhadapan dengan patient2 ku.
Kerana dia ayahku...
Ayah kasih dan sayangkan dia..
Jikalau bole,biarlah semua yang sakit dan buruk pada orang tuaku jatuh pada aku. Andai boleh bole begitu.

Ya Allah, kuatkan la hati aku ini. Tabahkan hatiku.
Aku sayang ayah, mak dan seluruh adik2 ku.
Pelihara la keluargaku, Ya Allah. Ameen.


Nota kaki:
Yong sayang famili kita.. Semoga Allah membahagikan keluarga kita sampai keakhirnya.


.

2 comments:

birubi said...

dia bukan pelupa.. cuma dia x ingat je lah. sebab badan dia penat. lupa ke bahawa ubat pelupa adalah berzikir.kau tahu kan amalan ayah? tentang sakit, ia ujian yang akan bertukar menjadi nikmat utk org beriman. ayah kita org yang bagaimana? jadi... rajinla balik, jenguk ketika ada. nasihatkan adik kesygn kau tu syam.

MsDila said...

shikin yang wat aku cuak.
nxt week aku balik tgok makAyah. aku cuti till tuesday.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...