sahabat blogger

Wednesday, 30 November 2011

Tahniah !! - Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011


Assalammualaikum wbt.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM bagi tahun 2011 kembali lagi !!
Jika biasa kita meraikan awards untuk para artis negara, kali ini Football Awards adalah untuk mengiktiraf sukan dan pemain bola sepak negara kita.
Anugerah ni telah di langsungkan tadi. Hasinya, penyerang Kelantan dan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha telah berjaya merangkul dua anugerah sekaligus, setelah berjaya dinobatkan sebagai penyerang terbaik jugak pemain paling bernilai Supermokh. 

Summary; Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus / FAM 2011

Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pertahanan Terbaik - Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)
Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)
Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Jurulatih Terbaik - Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)
Pemain Muda Terbaik - Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
Pemain Paling Bernilai Supermokh - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Tahniah kepada semua; baik yang menang ternobat, jugak yang berjaya dicalonkan. Caya la bro2!!
Kepada pemain2 negara yang lain2, berusaha la bersungguh2 untuk menjadi antara yang terbaik. 
Mana lah tau, next year ada muka2 baru yang tercalon dalam Football Awards yang berjaya menyingkir2kan muka2 lama pada tahun ini.
Berusaha la..

Maju la sukan untuk negara !!


Nota kaki:
Mula2 tu aku tak tau, apa benda la menatang "supermokh" tu. Penat la mencari kat segala bagai kamus nak mencari makna. Tak la jumpa gak. 
Hasil meng-google, akhirnya dapat la aku mencari istilah tersebut.
"Gelaran Supermokh adalah  kerana kelincahan, kekuatan dan keupayaan player menjaringkan gol"
(- harap2 betul la info yang aku baca tu. Kalo tak dalam kebodohan jugak la aku kekal. huhuhu)

.

2 comments:

Kancilbiru said...

kalau tak silap supermokh tu adalah sempena gelaran mokhtar dahari dulu..

dulu dia digelar supermokh dalam bolasepak...

Ms. Dila said...

kancilbiru:
yup, baru tadi kwn2 kat hospital bgtau, yang 'supermokh' tu adalah sempena nama allayrham mokhtar dahari dulu.
patut la takder perkataan 'supermokh' tu dalam kamus oxfort. hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...