sahabat blogger

Friday 4 November 2011

Memang Nasib Baik Accident Sama Lori


Assalammualaikum wbt

Lewat petang tadi, sebelum kami tutup “kedai” x-ray kami, datang la satu kes accident. Trolley case. Seorang patient lelaki, berbangsa cina.

Bagi aku keadaannya amat stabil, memandangkan patient tersebut adalah kes yang di refer dari General Hospital Klang. Jadi, segala rawatan kecemasan dah diberikan dulu sebelum transfer out patient.  Cuma dia bergelut dengan kesakitan akibat kecederannya sahaja.

Agak kesian, tapi bagi aku yang dah lali dengan karenah patient, hati aku agak batu untuk mudah terjerat dengan kesakitan mereka. (huhu..jahat gila statement,kan?)-hahahaha

X de apa yang menarik dengan kes mamat cina ni. Setakat patah tulang ‘tibia’ nya sahaja. Kalo ikut pandangan orthopedic, ni mesti kes kacang putih je bagi diorang. Dah jadi makanan ruji diorang untuk kes2 macam ni.

Procedure xray mudah je nak buat, memandangkan patient ni bagi sepenuh kerjasama.

Sementara aku membuat x-ray padanya, sempat gak aku berborak dengannya.

Aku: U apa pasal jadi macam ni?
Patient: Aciedent !!  Aiyooo…saya banyak ‘suey’ la

Jawapan  hampir setiap patient yang hari2 aku dengar sampai nak muntah hijau rasanya. Tapi itu la kata2 keramat yang amat ditakuti oleh setiap orang.Aku pun takut gak. Sapa yang mahu accident,kan?

Aku: Langgar sama sapa?
Patient: Motor sama lori.

Kesian gak kat mamat ni, berlangggar motosikal yang dia bawak dengan lori. Lori apa, tak pulak aku tanya.

Entah dengan tiba2 terpacul dari mulut aku:

Aku: U kira bernasib baik lor, accident dengan lori, patah camni saja..
Patient: Apa baik ini macam!!!. Kaki sudah patah ooo… Jalan pun tak boleh. Ni lu kata nasib baik??

Agak melenting bunyinya tanda tak bersetuju dengan kenyataan aku.

Aku: Ye la.. u memang bernasib baik. Sebab u naik motor. Kalo ikutkan accident motor dengan lori, mana mahu sikit ini macam saja kena. Silap2 boleh mati sebab motor boleh hancur kena sama lori.  Betul ka saya cakap?

Diam. Tak der jawapan dari dia.

Aku: Kalo u langgar motor sama motor ka, basikal ka, memang u x de nasib baik la, sebab kaki u patah ini macam. Kalo lori, sudah kira baik la ini macam. Sebab u hidup lagi. U baca itu paper hari2, kalo accident sama lori, mesti ramai mati. Jadi u nasib banyak baik lor. Kaki saja yang kena. Lain2 ok, xde kena apa2.
Patient: Emmm… betul jugak la u cakap..


Aku tersenyum.
At lease aku berjaya mem-positive kan dia agar tak sentiasa mengatakan dirinya sentiasa malang disebabkan accident itu, dan jugak bersyukur sebab masih bernafas di bumi Allah ni.


Nota kaki:
Bole gak rupanya aku men-psycho orang lain, walaupun diri aku sebenarnya yang perlukan motivasi diri..
Sapa nak tolong aku men-psycho diri ini plak??



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...