sahabat blogger

Wednesday 29 February 2012

Menangis Hatiku Menangis


Minggu lepas, juga minggu ini ati aku resah.gelisah. Macam2 benda terjadi. Dugaan sungguh aku rasakan.
Aku bagai tak percaya, aku sudah kehilangan seorang colleague yang juga kawan pendengar dan pencerita terbaik. Kehilangan yang tanpa aku dan mereka2 yang lain duga. 

Apa motif kamu wahai kawan, tiba2 kamu apply EL berhari2, off kan telephone dan berdiam diri membisu?
Aku mengenali kamu bukan sehari dua. Bermula kamu menjadi student aku, hingga kamu terpilih menjadi rakan sekerja aku, bergandingan berkerja bertungkus-lumus demi untuk pesakit2 kita.
Nah, tiba2 kamu menghilangkan diri. Apa di fikiran kamu sekarang, kawan?
Kamu yang aku kenali tidak akan tegar membiarkan kami begini, menanti kamu berhari2 tanpa khabar. Hanya suami kamu pengantara antara kami dan kamu. 
Ini unfair, kawan !! Kenapa kamu begitu? Rahsia apa yang kamu simpan dari kami? 
Atau kamu marahkan aku atau kami semua disini? Aduh kawan, aku telah membuat pelbagai andaian pada kamu hanya kerana terlalu mengharapkan penjelasan kamu.

Come on, kawan.. beritahu aku. Aku kawan kamu!! Kita saling berkongsi cerita dan rahsia. Hari2 kita ketawa mengekek2, berlari berkejar2, bercerita memecah sunyi department, dan tiba2 kamu menghilang.
Apa masalah kamu? Aku sayang kamu. Kami sayangkan kamu.
Sedihnya hati aku menerima kata dua dari mr.Kumar petang tadi. Kehilangan kamu dinyatakan sebagai absconded kerana kamu EL untuk lebih seminggu.
Adakah kamu rela hati atau terpaksa rela berhenti kerja? Aku ingin tahu, kawan !!
Naluri aku kuat mengatakan kamu terpaksa.. kerana kamu pergi, tetapi barang2 kamu masih disini. Kamu hilang dengan kerugian beribu2 ringgit. Itu bukan kamu. Kamu tidak akan membazirkan duit kamu untuk kerugian seperti ini. Aku kenal kamu, kawan.
Tolong la kawanku, kembali la bekerja, buktikan kamu tidak melarikan diri.
Kita sudah bercerita dulu, suatu hari nanti kita akan tua bersama2 disini. Kamu lupa ke cerita2 itu?

Please Kalpana, say something...
Aku, Kumar, Azlina, Dr.Salleh, Dr.Emily, AbgK semua mencari kamu. Semua orang menanti kamu, bertanya pasal kamu berhari2, berharap kamu kembali berkerja disini, bergandingbahu memerah tenaga seperti dulu. Kita bagai sekeluarga walaupun berlainan agama. Kamu tak sayangkan kami ke, Kalpana?


Nota kaki:
Aku masih disini. Sila cari aku bila kamu sudah bersedia wahai kawan.

6 comments:

♥ wawawawa ♥ said...

mungkin die perlu masa.....

Unknown said...

perlu masa nk rehat kot.penat tu...tp mujur ade kwn2 mcm u , prihatin :)

MsDila said...

hakikatnya.. tadi secara rasmi si kawan itu sudah tiada bersama kami lagi.

Ateh Nour said...

Sallam MsDila,

Berenti keje yee,
kawan tu?

Anonymous said...

wahhh bertungkus-lumus utk pesakit tu.. betul2 mencabar kerja juru x-ray ni ye.. he heee..

MsDila said...

Anonymous: Namakan lagi mengendong tagline company; caring from the heart. jadi bersungguh2 la memberikan service yang terbaik. bertungkuslumus la untuk sesuatu yang dilakukan. bagi kepuasan patient yang membayar gaji kami2 disini =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...