sahabat blogger

Friday, 17 February 2012

Betulkah Bacaan Al-Fatihah Anda Selama Ini?



Beberapa hari lepas ustaz Don menarik perhatian aku dengan intipati siarannya yang best sekali iaitu, 
'cara membaca al-Fatihah dengan betul'.
Biarpun kalo ikutkan hati aku ni, memang dah terel (hahaha..terel sangat ke?) membaca al-fatihah, tapi ketepatan tajwid dan nahu bacaannya kadang2 diragui jugak. Maklum la, dah lama meninggalkan sekolah agama zaman kecik2 dulu. Kalo tak di revise balik, mahunya kucar kacir bacaan aku ni.

Jadi, atas kesedaran yang diri ni masih jahil la jugak, aku sangat2 teruja nak menyemak bacaan al-fatihah aku yang dah dibaca selama ni.
Hasilnya?? NgehNgehNgeh..malu nak sebut la plak.. Sendiri2 paham la yek.

Kepada sahabat2 blog aku, mari la kita sama2 me-revise bacaan al-fatihah kita.
Memandangkan surah al-fatihah ni  adalah satu rukun dalam solat, dikhuatiri apabila cacat dan salah bacaannya maka akan rosaklah ibadah solat kita.
Ishhh.. betapa ruginya la kita kerana amal ibadah kita yang utama ini tak sah dan tak diterima oleh Allah. Dan tak gunalah kita solat 5 waktu tertunggang tungging terbalik, tetapi tidak membawa apa2 makna pun sebenarnya. Hanya kerana bacaan "Al Fatihah" yang tidak betul.
Rugi bukan?

Jom kita semak bacaan kita selama ini. 100% tepat ke bacaan al-fatihah kita?




.

5 comments:

Atikah Ali said...

terima kasih kerana share :)

Carpet Cleaning Melbourne said...

Great post... Thanks for the share.. Have a blessed day...

aReLaN said...

insya-ALLAH.hehehe..dulu masa skolah,pernah kena test ngan naqib pe sume.kita rasa cam dah betul tapi hakikatnya tak sempurna lagi.so,perdengarkanlah pada yang pakar untuk diperbetulkan.

CintaKhadijah said...

kann.. even sikit je slh sebut, bleh lari makna.

Nyue said...

yup...terima kasih share info nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...