sahabat blogger

Friday, 3 February 2012

KuGila Kamu

Termenung menongkat dagu kejap.
Kenapa la lately ni aku dah terlalu obsesi pada online deals. Kegilaan yang melampau tapi boleh dibendung2 lagi pada wesite allgroupondeals.
Ni sume ajaran mr.Kumar tu la, yang membuatkan aku addicted hari2.
Ada je la benda2 menarik yang nak aku beli, walaupun sume benda yang aku shoppingkan tak lebih RM50 se-item. Tapi tetap la duit yang banyak gak tu, kalo aku dok membeli gak untuk si anu 1, si anu 2, si anu 3 dan bla bla bla.

Dengan motto bussiness si allgroupondeals ni iaitu 'Malaysia Best Daily Groupon Deals' betul2 menerujakan aku, dan sememangnya aku pun bersetuju ber-percent2 dengan kebanyakan deal2 mereka.
Ishhhh....rabak poket aku camni kalo tak kawal nafsu nak bershopping ni. Huhuhuhu
Camne nak wat gini wehhh?


Bawah allgroupondeals ni ada banyak group2 lain yang menawarkan deal2 jugak, seperti MilkaDeal, Groupon, ILoveDiscount, Jackcow, Everyday , MadnessDeal dan lain2. Banyak lagi la. Malas aku nak taip lagi.
MilkaDeal aku kenal sebab banyak sangat menempek iklan kat blog kita sume. Yang lain2 aku jupe kat dalam allgroupondeals.
Itu la sejarah permulaan penipisan poket aku yang ketara sekarang ni. SobSobSob..


Dah alang2 aku cita pasal deals ni, meh aku tunjuk sket, deal apa yang aku dah ter-rembat kat sini.
Kat bawah ni la, deal pertama aku yang suci yang membuatkan aku terjerumus kat dunia online deals. Bersama Groupon. Mula2 takut nak beli. Kot2 jadi tipah tertipu. Huhuhu.
Alhamdulillah, nasib baik deal yang menjadi permulaan ni, segala2nya berjalan lancar. Jadi berkeyakinan la sket nak berurus-niaga lain2 kali.

Flaming Steamboat Buffet.
Aku beli voucher ni dari groupon sebab nak belanja housemates  aku dinner.
Didenda belanja dinner sebab aku  telah di undi kerana jadi orang paling malas mengemas umah pada bulan ari tu. Huhuhu

Pilihan makanan yang tersenarai kat Flaming Steamboat tu. Belum lagi makan, dah rasa kenyang, dok tengok banyak sangat makanan depan mata.

Lagi makanan untuk dimakan sampai tak larat makan kat situ.
Burrppp... confirm la kenyang wehhh..

Kat bawah ni plak aku beli voucher dari website MadnessDeal plak. Deals kat sini tak sebanyak macam kat groupon, tapi ada certain2 deals tu, bole tahan best la gak. 
Jadi, apa lagi..rembat je la mana yang ok dan berbaloi2...

Teringin nak makan apam pokodot, tapi kemalasan membuat yang amat2 tinggi membuatkan aku nak tunjuk2 jari je.
Jadi membeli je la.  Mudah bukan? Aku tak amik lagi apam ni dari pn.HanahRafkin. Jadi tak tau la rasanya lagi.
Next monday, aku janji nak jupe dia. Pastinya aku akan upload rupa sebenar apam pokodot dari dia.
Mungkinkah sama rupanya macam gambar kat atas? 

Lagi deal dari MadnessDeal. Spa badan.
Excited nak ber-spa. Mcam jakun lak. Almaklum la tak penah ber-spa2 ni seumur idup aku.  Ni pun belum aku try lagi.  Lagi 2 minggu aku pi sana, dah booked janjitemu dah bersama2 adik2 aku.
Semoga sedap dan best la service yang diberi.
Kalo tak best? Satu dunia blogger aku kepoh kan.. Hahahaha

Last deal aku buat masa ini dari groupon. Deal yang agak berbaloi2. Bagi aku la.
 4R photo untuk RM0.24 sekeping.  Harga kat kedai gambar yang lagi mahal membuatkan aku sayang dan kedekut duit nak pegi print gambar2 aku dan family yang dok terperap dalam pendrive bertahun2 tu je.
So, dapat yang murah sket ni, maka balon je la. Pejam mata aku me-rembat untuk 500keping gambar.
Hehehehe. Tamak betoi la, kan kan kan?

Ada 1-2 deals lagi dalam pemerhatian aku ni. Tapi masih dalam pertimbangan dacing aku lagi.
Antara keperluan dan kehendak. Kalo esok pagi jadi keperluan, maka terbeli la aku jadinya. 
Hahaha..bole ke gitu?


Nota kaki:
Jadi jangan la kamu membazir2 wahai cikNorfadilah. Itu amalan syaitan. -Membazir ke aku ni? huhuhu

.

6 comments:

aReLaN said...

saya pernah salah beli deal marie france bodyline kat groupon.ingatkan laki pon boleh.skali untuk pompuan je.burn gtu je duit mse tu.hahahaha...hari tu promo kat member2 pasl groupon,dealmates pe sme.hari2 diorang usha deal.adoiyai...bahaya2

MsDila said...

areLan: memang bahaya. ni la cara simple termudah nak menghabiskan duit dihujung jari.sekali click pun bole. konon2 murah dan nk berjimat, tp at the end, membazir2.

Cikgu Ma said...

macam best..tapi takut plak nak try..kang addicte plak..hheh..

dokter ea? salam kenal dan salam maulidurrasul =)

MsDila said...

cikguMa: try, jgn tak try. bole gila jiwa kalo addicted ni. hahaha

** salam pekenalan. bukan doktor la. hanya seorang radiographer (juru xRay) je.

L said...

huuu.. sedpanyer tgk. ngeh3, nk mkn nt ajak L sekali k..

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

MsDila said...

L: alamak, steamboat buffet tu dah slmt makan la.. terlambat sudah nk ajak. lain kali ek. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...