sahabat blogger

Monday, 20 February 2012

Sila Sembahyang Sebelum Kamu, Kami Sembahyangkan


Sedang ber-internet2 kat youtube, terjumpa la video yang dimuat turun oleh aril125zr.
Memang betul katanya; iklan ni takde tersiar pun kat Malaysia. Bagi aku, iklan ni tersangat la bagus kalo dapat disiarkan. Lebih2 lagi waktu2 puncak orang ramai menonton tv.
Bole la kita saling ingat mengingati sesama kita, bahawa solat itu adalah wajib kerana ianya adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Jadi, jangan nak main tutup2 sebelah mata plak bab2 solat ni. Rasa nak solat, pi solat. Rasa malas, tak payah solat.


Malah, solat adalah antara terapi paling baik untuk menghilangkan kesedihan. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
Tak percaya? Cubalah.. bersolat dengan kusyuk dan sepenuh ati, bukan sekadar cincai boncai je. Kalo solat pun cincai je, jangan heran la kalo Allah tak pandang solat korang tu. Betoi tak?
Dengan itu, mari la kita menjaga solat2 wajib kita. Tak banyak pun, hanya 5 waktu saja.




Fakta: Kebanyakan antara kita, solat subuh lah paling berat dan liat nak tunaikan, walaupun sebenarnya itu la solat paling pendek rakaatnya. Mengapa begitu?

Nota kaki:
Laki2 macam dalam video ni la, calon suami idaman aku. . Mengamalkan kehidupan yang wasatiyyah. Aman damai dan bahagia idup aku nanti. Cheewah... hehehehe

5 comments:

DOMU-KON said...

terharu degn entri nie..thanks yer.. hehehe..solat tu kan tiang agama..

MsDila said...

domu-kon: semoga kita saling berpesan dan ingat mengingati sesama saudara seagama

محمد شهريل القنيطري said...

amen semoga mendapat lelaki idaman tu..

Cik Aini Lavender's said...

nice sharing dear =)

a'ah kan..rasanya suma org nk lelaki mcm tu buat suami.tp ssh nk cr zmn skrg kan dila =p

eva said...

wow! siapa yg brani buat iklan mcm gini kat msia.. sy mmg salute.. satu kejayaan besar kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...