sahabat blogger

Monday, 13 February 2012

Siapa Kau Dimata Dia?

Sedang aku ber-facebook, tiba2 terjumpa la satu cerita motivasi dari fb mrMohdAmiruddin yang ingin aku share-kan bersama2 kalian.
Mungkin bagi sesetengah orang ini sekadar cerita biasa, namun bagi aku yang merasakan diri aku ni berlori2 bahkan, mungkin bergunung2 dosanya dan noda pada masa silam, ianya bole menyedarkan aku agar tidak terus hanyut dan merendah diri pada sejarah dosa2 lalu yang banyak itu.
Alhamdullillah..Terima kasih Allah, atas peluang kedua, ketiga dan seterusnya yang sentiasa Kau berikan pada aku ini.



.
.
.
.
.


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. 

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



.

2 comments:

aReLaN said...

setiap hari kena muhasabah diri n taubat sebab mungkin dalam tak sedar kita dah buat dosa kan.jangan tunggu dah terlambat baru la nak taubat pe sume kan.

MsDila said...

yup, betoi tu. sesungguhnya kita hanya hamba yang kerdil. setiap masa melakukan dosa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...