sahabat blogger

Tuesday 25 October 2011

Pertandingan Deco Mendeko: Edisi Deepavali 2011

Assalammualaikum wbt

Aktiviti medeco kembali lagi !!
Kali ini untuk festival deepavali plak.
Fuhhh.. stress sebenarnya nak wat dekorasi raya ni. Setiap kali raya je, mula la stress nak bagai.

Syarat utama mesti guna barangan recycle. X kisah la apa barang pun, janji recycle yang bole meng-up kan mood raya.

Ni sume gara2 Mr. Kumaran la, memberi syarat kat kitorang.
- Kena participate wat deco raya untuk x-ray department kalo nak dapat good marks pada bonus ujung tahun ni.
Adil kah gitu, Kumar? –kejam nya. Huhuhu

Ni adalah akibat dari kerja aku melobi si Kalpana, Azlina dan Abang K, supaya boikot utk amik part wat deco pada raya aidilfitri ari tu.
Tup tup.. terus Kumar bagi kata dua yang menstress kan kitorang..
Aku la yang stress terlebih setiap kali musim mendeco.

Tak menang pun x per. –katanya la.
Lega la sket dengar dia tak berharap kami buat yang tercantek, walaupun sebenarnya kitorng juara deco bertahan setiap kali raya.
Tapi ye ke, Mr. Kumaran kami ni tak mengharapkan kemenangan?
Rm500 - 1st prize, banyak tu wehhh...

Ketuk kiri kanan kepala ni pun, tetap tak kuar gak idea nak mendeco department kitrang ni.
Apa cita sekarang ni ??...

Aku dan kalpana sepakat la sangat nak wat sesimple yang boleh, memandangkan kitorang x nak berangan nak menang pun pertandingan deco kali ni. Konon2nya nak wat syarat je amik bahagian..
Janji evaluation bonus, Kumar bagi markah terbaik sudah la.
Tu janji semangat kami. – Mendeco bukan untuk menang !!


Ni la hasil mendeco smbil lewa kami...




Giant pelita. Idea kalpana. Cantum2 mangkuk disposable tu, pastu letak la kotak kat tengah2 dia.


Kolam. Menggigil2 tangan aku mengikut ukiran tangan Kalpana. dah jadi macam lukisan orang parkinson pun ada.


Pintu tengah Xray dept. X ada idea la sangat nak wat apa kat area situ. Lastly, beli dan gantung jer. - Tolak markah kami


Hasil seni tangan Abg Kamarul. Abis sume dia lukis dan cat. Cantek.


Yang warna2 merah tu je la hasil kerja tangan aku untuk bahagian peacock ni. Bernas gak otak aku ni. Menggunakan botol yang di spray merah-pink untuk jadi bulu pelepah si peacock ni.


Lukisan penuh Abang Kamarul  - ''Diwali Peacock''


Apa nama benda kuning tergantung2 ni?? Aku terlupa la plak sekejap ni. Ni idea tak original aku. Tapi meterialnya tetap terbaik. Memang fully recycle. Guna Xray reject films tu.Potong2 dan lipat2, pastu stapler dan spray. Siap.
 
Nota kaki:
Semoga kami ada bau2 nak menang gak la deco kali ni.
Hahaha.. harapan yang tak bole nak bla sungguh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...