sahabat blogger

Sunday 30 October 2011

Aku @ The Pink Charity Run 2011




Assalammualaikum wbt


Aku nak share new story ni. Pagi tadi telah berlangsungnya larian amal “The Pink Charity Run” kat Harbour Place anjuran Pantai Hospital Klang, bersemperna bulan kesedaran Breast Cancer pada bulan october ni.
Aku dan bebudak Pantai Klang masuk dengan bayaran RM5 je sebab hospital sendiri adalah penganjur. 
Jadi staff2 yang berani menyahut cabaran nak berlari di sponsur sket bayaran penyertan. Jadi aku tak melepaskan peluang keemasan ni. Excited sesangat la nak berlari ni. 


Ikut schedule yang diberikan sepatutnya semua runner kena register jam 6 am, tapi aku dah terlewat bangun jam 6.25 am. Ni adalah gara2 aku masih sibuk wat oncall kat hospital jam 2.30am mlm tadi tu la. 
Emmm... nasib baik sempat gak mendaftar walaupun tak sempat nak ikut seisi warming up sebelum berlari.


Alhamdulillah larian charity aku dan budak2 ni telah berakhir dengan cemerlang dan jayanya dengan record 40 minit ++ sejauh 5 km. (cheeewah..macam atlit la plak.. hehehe)
Fuuhh..ni pengalaman pertama aku join charity run ni. Tapi kira ok la sesangat2, berjaya dalam perlarian berlari sejauh ni.


Larian kategori aku : Women (Age above 10) - 5km bermula pukul 7.10am dan dijangka semua runner akan menghabiskan larian dalam tempoh sejam. Maknanya sebelum jam 8.15am, patutnya kami dah sampai sini balik. 
(Tapi...boleh ke aku nak lari dalam tempoh sejam ni??) 
Kuang Kuang Kuang. 


Perlarian yang berjalan dengan lancar sekali walaupun aku dah pancit sebenarnya. Lari larat beberapa meter je, pastu selang seli dengan berjalan plak. 

Housemate aku, Eija entah mana dah sampai kat depan sana. 
Cik puan Fazlina plak, tiba2 plak la complain sakit dada plak tengah orang dok berlari2 tu. 
Haa..sudah, kena serang sakit jantung ke minah ni? Risau gak. (Entah apa la aku melalot piker ni.. ishhh…) 
Nasib baik la cik puan Fazlina tu staff nurse kat emergency department, tau la gak apa patut dia buat kalo tiba2 dia sakit dada. Aku yang bukan staff nurse ni,mana la tau apa2 kan.


Congrats to Fazlina sebabnya dengan bersemangatnya berjaya menghabiskan 5km larian jugak. Walau dah berabis tenaga melangkah kaki berlari ke garisan penamat.

Caya la Ina !!


Aku pun tak tau, kitorang dapat nombor berapa larian tadi tu, tapi yang pastinya bukan yang terakhir la. Sebab nampak ada orang lain lagi ramai kat belakang2 aku.
Hahaha.. tercapai gak target aku untuk tak menjadi peserta terakhir sampai kat penamat. 
Malu la wehhh…


Pujian pada organizer yang terlibat, sebab menyediakan makanan dan minuman untuk semua runner yang amat bertepatan dengan citarasa: roti gardenia, buah tembikai potong, air revive isotonic, vico dan jugak Indocafe. 
Terasa segar sangat2 tekak ni dapat minum vico sejuk lepas berpanasan tadi. Aku memperabihkan 4 cawan vico.. Buruk lantak sungguh, kan?? Huhuhu 
Bukan orang lain heran pun aku minum banyak2 pun.. (ayat nak mengcover malu la tu)


Kitorang cabut balik dekat2 jam 9.45 am. Balik umah kena jalan kaki plak tu. Kaki dan mula kejang. Tapi masih under control. Penat tapi puas !!!. 
Mungkin kah lain kali aku nak berlari lagi??? Hehehehe..  
Tungguuuu……



Berkobar2 Cik Eija ni tunggu bila la larian nak mula ni



Muka "paksa rela" adik aku, Fatimah setelah aku paksa dia berlari menggantikan housemate aku yang malas nak lari plak. Sebab tak cukup geng, cik Fatimah la jadi mangsanya. Sayang kat ko, Timah.


Larian nak mula dah.. Belum mula lagi, aku dah terkebelakang...



Ni la Cik Puan Fazlina. Excited sangat la nak makan tembikai tu.. Lapar ke dahaga, Ina? Hehehe

 
Panasnya kulit. Muka aku yang bagai udang kena bakar, dan disapu dengan buttercup.


 
Muka2 gembira setelah penat berlari hilang..



Cik Puan Azlina and de geng yang berlari berjemaah dengannya..
 

Hahaha.. Senangnya dalam hati.. 1st time aku dapat medal larian ni!!.  Last kali dapat medal masa sukaneka sekolah waktu darjah dua dulu je.



Ni plak warming down exercises selapas running. Makcik skaff pink tu tersangat2 la excited bersenam kat depan pentas tu. Mengalahkan orang muda stamina dia. Bagus.



Tengok la makcik tu ber-exercise. Cemerlang.

  

Aktiviti last, top 10 runner bagi semua kategori bergambar bersama Miss World Malaysia 2009-2010, Ms Thanuja Ananthan

  
Bergambar bersama Event Ambassador Pink Charity Run, Datuk Yasmin Yusoff

 
Nota kaki:
Macam tak caya je, yang aku bole rupa2nya bersaing berlari bukan untuk menang dalam acara larian macam ni. 
Tahniah la Cik Dila yerk.
Juga tahniah buat Cik Eija, Cik Fatimah, Puan Azlina, Dr. Emily, Puan Fazlina dan semua rakan2 kat Pantai Hospital Klang yang berjaya menghabiskan larian yang sangat2 la mencabar bagi kita semua ini.



.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...