sahabat blogger

Monday 2 January 2012

BilaTerpaksa Rela Oncall DiHari PH...


Assalammualaikum wbt

Entry pagi ni dimonopoli oleh 'mood malas'. Mood malas nak bekerja !!
Haiii..disaat orang lain bole belenak2 dan bergolek2 kat atas katil depan tv dihari public holiday ni, aku lak terpaksa rela ber-Oncall kat hospital.
Kenapa la kena turn aku plak kena oncall ari ni?
Nasib la ko wahai badan..


Actually, yang me-moodykan aku nak ber-oncall ni adalah time kerja yang panjang sebenarnya.
Just imagine, standby oncall stat jam 6am (Isnin) sampi 9am (Selasa). Pastu stat 9am (Selasa) masuk keja ofis hour sampai 5pm (Selasa). Lebih kurang 35 jam kerja direct. 
Kalo tiba2 ada staff yang nak bertukar oncall petang selasa tu, mintak cover sebab ada hal personal, terpaksa la standby oncall lagi bagi pihak dia sampi la ke 9am esok hari lagi (rabu). Pastu sambung keja ofis hour plak sampi jam 5pm. 
Petang tu, baru la bole balik umah.
Oh tilam bantal ku... I'm back sayang !!

Penat? Of course la YESS. (Jangan la ditanya soalan cepu cemas yang bole bikin darah naik ni ye) 
Penat yang menggila yang membuatkan hati dan hormon aku imbalance.
Mana taknya, kadang kes ada time pagi2 buta tu. Jam 2-3am ada kes accident dan mabuk lak. Baru nak lelap mata 1jam, datang lak kes baru.
Ni yang bikin hati panas je.. Sebab badan dah penat, mata dah mengantuk seharian kerja.
Kalo aku bole pengsan, dah lama pengsan kot. Hahaha. 

Actually, oncall ni kalo ramai patients memang bole bagi tebal poket ujung bulan. Sebab oncall ni dikira extra money buat aku. 
Kalo keja kat hospital swasta, oncall dibayar mengikut ramainya patients yang datang berXray.
Lagi banyak kes, lagi penat badan, lagi banyak la yang masyuk ujung bulan.
Bab RM ni la yang menguatkan semangat aku nak keja. Sebab nak bayar utang piutang keliling pinggang.
Kalo diikut2kan ati, memang tak larat.  
Sebab tugas Juru XRay a.k.a Radiographer ni amat penat, penat dan penat.

Penat melayan kerenah patients yang ada tu ngada2 je, doctor yang fussy dan relative patients yang banyak cekadak. 
Penat badan dan sakit sendi2 nak mengangkat patients yang kurang berkemampuan bergerak dan menolak mesin xRay kehulu hilir.
Memang Penat. Penat. Penat.
Tapi mana bole nak mengharapkan gaji basic je kan. Tak bole la nak merencah nak beli tu ini. Nak bantu family lagi etc
Jadi terpaksa rela la juga wat oncall selagi sihat badan ni. 

Namun begitu, aku dah bercinta cintun dengan tugasku ni, dah nak 8 tahun dah.
I love my job very well !! walaupun badan ni penat sangat hari2.
Dan aku bangga menjadi seorang Radiographer. (Ayat berkobar2 je..)


Pecaya atau tak, aku penah standby oncall + keja ofis hours = 24jam straight untuk 9days??
Satu keja menggila yang aku willing to do.
Sampaikan mak aku kata 'Ko tido la atas duit tu. Usah balik2 umah'
Kuang Kuang Kuang. Pedih sungguh ayat mu itu, wahai emak. Huhuhu


Nota kaki:
Tahun ni usia dah bertambah lagi. Mampu ke nak ber-oncall berhari2 macam dulu2 tu??


3 comments:

aReLaN said...

mak aih.ni mmg btul2 workaholic nmpk gye.hohoho...papepon,keje tetap keje tp kesihatan diri kna jaga.

MsDila said...

hahahah..memang hantu kerja pun. kalo takde kat umah tu, makna nya ada kat hospital la sepasti2nya.
semoga Allah meberikan kesihatan badan yang baik untuk terus mencari reezki yang halal ini, amin.

Fida said...

salam kak. radiographer nie gaji bpe? hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...