sahabat blogger

Sunday 15 January 2012

Ahad, Kenapa Kamu Membosankan Aku?

Ini la hari ahad yang membosankan dalam hidup aku. Dah terbiasa dengan keadaan bila weekend je aku keja. Tiba2 bila tak keja, mati kutu rasanya idup ni.


Lepas subuh aku dah stat operasi. 
Dari porch sampai backyard, dari tingkat atas sampi bawah, sume dah siap kemas. Tip top.
Housemate yang pi keja, takde kat umah memudahkan keja2 aku tanpa gangguan.
Sempat lagi aku me-repair singki aku yang tersumbat tu sambil2 aku mengemas dapur. 
Bosannnn dek kerana tak tau nak wat apa.
Siap keje sume, cadang2 nak merayap2, tapi keta aku lak ada kat adik laki aku. Fuhhh...nak buat apa lg?

Rasa nak menjahit baju2 aku yang terbengkalai tu, tapi mood lak x de. Nak cucuk benang pun malas rasanya.
Aku ganti dengan ber-skype dengan makAyah dan adik2 aku kat Kajang. Ada gak teman nak bergosip2 jap.

Ber-skype dengan my lovely bapak. Ada orang kata muka dia macam Tuan Guru Nik Aziz. Ada rupa ke? Hahahha

Turun dapur, bukak peti ais, ada chicken meat ball, ayam, daging kisar dan sayur kobis je.
Lets cooking2. Main campak2.
Spaghetti Tomyam ala citarasa aku je. Exclusive resepi aku.

Sambil makan spaghetti yang sedap la gak kat tekak aku ni, layan Melodi jap. Still tak menarik minda aku nak focus. 
Pas solat zohor, turun, tengok housemate aku, Emah tengah nak makan spaghetti aku masak tadi. 
Semoga ko beselera makan la ye wahai kawan. Hahaha

Baru teringat nak snap gambar, pas housemate aku, Emah dah abis makan, Hilang seri sudah spaghetti ku ini

Bosan2 tu, layan la cita tamil kat tv2.  Slot Spice of India - Vaaranam Aayiram. 
Best la gak cita ni. Paham sebab ada subtitle. Banyak moral of de story.
Abis cita tamil dah jam 5pm. Rasa nak tido, tapi tak bagus lak tido pas asar, kang mewarisi kegilaan plak.
Alamak, tetiba.., rasa macam nak makan durian la plak..
Tapi housemate aku, si Emah tu tido la plak. Takkan nak jalan kaki pi pasar malam? Mau 45min jalan kaki. Mentang2 la ari ni aku takde kereta.  Waaaa...

Ni la dia cita tamil yang aku tengok tadi; Vaaranam Aayiram

Emmmm.. memang la bosan sungguh ari ini.
Semoga cepat la malam. Nak tengok cita Merlin, pastu nak tido. 
Cepat la ari isnin. Excited nak pi kerja ni. Ngeh  ngeh ngeh..

Dah maghrib ni.. moh kita pi solat. =)


Nota kaki:
Adakah aku demam panas ketika ini? Berharap cepatnya datang isnin sebab nak pegi kerja? Tak pernah seumur idup aku bersungguh2 nak kerja ari isnin. Huhuhuhu

  


7 comments:

birubi said...

komuter kan banyak. balik la naik komuter

haqiddisa said...

untung la seminggu dua kali mkn speghtti tom yam.haha

MsDila said...

teh: patutnya ko datang jemput aku kat cini. apa guna ko ada keta baru.

siddiqah: x pe makan smpi 2x spegetti tu, sebab aku masak memang sedap. ko pun akuinya jugak kan kan kan? hahaha

aReLaN said...

uish...orang len sume monday blues,dia leh la excited nak keje.hahaha..tapi my sunday pon bosan je.dok rumah tak wat pape.hahaha

Unknown said...

wah tersangat styleee berskyping dengan mak ayah.barulah betul betul ikut iklan TM! hehe...

and urm,excited nak p keje?VERY GOOD! Love the last part.Macam tu barulah boleh maju ke depan.xda nak malas malas nak majukan diri.

keep it up and all the best!

:)

MsDila said...

areLan: tu la kali pertama monday yg excited nk pi kerja. huhuhu

MsDila said...

mr.Clive: dunia dihujung jari dah sekarang ni..
takde alasan dah, nak kata takde masa untuk makAyah kini. benar2 ikut iklan TM ni. heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...