sahabat blogger

Tuesday 18 October 2011

Kawan, Kamu Sudah Kawen

Assalamualaikum wbt

Ari ahad lepas, oncall. Ari tu plak ada wedding officemate, Puan Azlina kat Dewan Komuniti TTDI.
Patutnya ari ni Mr. Kumaran yang kena oncall, tapi memandangkan Mrs. Kumaran admitted, terpaksa la aku yang standby oncall. Ishhh..geram.geram.

Plan dah buat berkurun lamanya nak attend wedding tu, jadi Mr. Kumar terpaksa lah gagahkan diri meng-cover oncall aku untuk 3 jam.
Beriya la Mr. Kumar membuat segala bagai map jalan untuk aku agar tak tersesat larat nak ke sana.
Fuhhh...finally, berjaya gak kami (aku, Emah dan Im) sampi sana. Thanks ye Kumar.

Apa lagi, sampai2 terus la makan. Perut kami memang la dah lapar. Kami beriya reserve perut nak makan nasi minyak je nanti. (hahaha..plan jahat nak melantak habis-habisan)

Disebabkan kenduri orang dan ramai sangat orang berkerumun kat meja juadah tu, jadi nak amik makanan pun terpaksa rela la meng-control2.
Ayam masak merah dia memang memanggil2 aku untuk ambik 5-6 ketul. Tapi apakan daya... malu la saya !!
Kalo kat umah ni, gerenti aku dah tambah 2-3 kali ni. Huhuhuhu

Target nak tengok cik puan Azlina bersanding, tercapai gak..
Walaupun timing bersandingnya dah lari banyak..
Libang-libu gak gelisah nak tunggu pengantin muncul, maklum lah..terpaksa berlari2 berkejaran dengan standby oncall pastu.

Apa2pun.. memang cun kedua2 pengantin ni. Sangat sweet..
Baju cantek, pelamin cantek, dan segala bagainya la cantek.
Betul la kata orang, aura seri pengantin..
Memang semua pengantin macam tu la kot...

Selamatlah pengantin di doakan..
Moga redha Allah bersinar selalu
Moga kekal hingga ke syurga.. Insyaallah








Nota kaki:
Kepada pasangan pengantin, Puan Azlina & En. Shafariz; Selamat pengantin baru, semoga jodoh kalian berpanjangan sampai ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kalian.
Dan paling penting, semoga berkat pengantin baru tu tempias banyak-banyak kat aku jugak. Heheheh



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...