sahabat blogger

Wednesday 26 October 2011

Jodoh Jangan Dicari, Tapi Boleh Dibeli !!



Assalammualaikum wbt.

Kita sering membaca dan mendengar tentang keajaiban sedekah. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.


Pada entry kali ni, aku ceritakan kisah benar keajiban bersedakah, yang diambil dari artikel "The Power of Sedekah" oleh Ustaz Yusuf Mansyur.
Semoga kisah ini boleh menginspirasi teman-teman dan diriku sendiri juga, yang sesungguhnya sedekah yang ikhlas akan memudahkan urusan-urusan kita oleh Allah swt.  


Keajaiban sedekah memang tak pernah ada habisnya termasuk permasaalahan jodoh.
Ada sebuah cerita mengenai sedekah tentang jodoh.

 

Datanglah wanita yang berumur37 tahun kepada seorang ustaz.
Wanita tersebut berkata, “Ustaz, susahnya mencari jodoh ye?”
"Sebenarnya, jodoh tak perlu anda cari, tapi boleh dibeli!" Dia pun ketawa.


"Beli di mana, Ustaz? Mana ada yang menjual jodoh? "Tanyanya.
" Ada !! "
" Siapa, ustaz ?? "
" Allah, Rabbul 'alamin! "
Tambahnya lagi,.. kata Rasullah saw, "Beli la penyakit dengan sedekah, termasuk penyakit kesepian, iaitu kesunyian dari tidak berteman"

" Insya Allah ustaz, saya akan bersedekah" Kata wanita itu.
"Pulanglah, insyaAllah kamu akan dapat jodohmu, insya Allah!"

Dia pun pulang. Lalu, dia singgah ke masjid berhampiran kawasan rumahnya.
Wanita ini mendekati siak masjid dan berkata, "Encik, saya ingin bersedekah di sini. Apakah yang boleh saya sedekahkan di sini? "

"Sebenarnya cik, kami lagi memerlukan sedekah wakaf tanah, satu meternya 150 ribu ringgit rupiah." Jawab siak masjid tersebut.

"Oh ...." Dia pun mula membuka dompetnya.
Awalnya, hanya 150 ribu rupiah saja yang dia ambil. Namun begitu dia ingat kata-kata sedekah yang dikatakan oleh ustaz tadi.
Akhirnya wanita itu menyedekahkan 600 ribu ringgit rupiah, maka dapat la dia bahagian 4 meter.

"Encik, doakan saya ye, supaya hajat saya terkabul." Katanya.

Kata si siak masjid, "Apa dia yang cik hajatkan?"

"Maaf encik, itu adalah rahsia saya"
Sememangnya, kalau kita memegang rahsia, maka ia akan menjadi doa pada Allah.
Sedekah,  tidak perlu di hebah-hebahkan, kerana takut jadi tidak ikhlas.
Tapi, kalau kita tahan, kita boleh mengadu pada Allah dalam hati kita dan dalam solat kita, dan itu dikira kita berdoa pada Allah.

Atas kekuasaanNya, wanita berusia 37 tahun tadi yang pada mulanya tidak dapat jodoh, telah dilamar oleh 4 orang lelaki yang ingin memperisterikannya. Sampaikan wanita tersebut tidak tahu yang mana satu ingin dipilihnya. 
Begitulah keajaiban bersedekah dari Allah, setelah dia bersedekah walaupun hanya 4 meter tanah wakaf.

Wallahualam Bis'sawab

 




Nota kaki:
Terima kasih ya Allah.... Atas segala rezeki dan kesenangan yang aku terima dariMu. Semoga aku juga dipermudahkan olehMu untuk mendapat jodoh yang terbaik buatku seperti cerita wanita tersebut.
Mari la perbanyakkan bersedekah, semoga segala cubaan dan halangan dapat diberikan jawapan oleh Allah SWT. Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...