sahabat blogger

Wednesday 26 October 2011

Ampunkan Aku



Assalammualaikum wbt.

Tersentuh..
Benar-benar tersentuh jiwa ini pabila mendengar bait2 lagu
Mana Milik Kita
Senyap. Aku bermuhasabah sendirian.
Semoga diri ini dapat menginsafi bahawa segala yang hidup dan mati yang berada di muka bumi ini adalah milik Allah swt.
Tak pernah aku memaksa akal pikiranku untuk berpikir bahawa segala2 kepunyaan aku kini, hasil titik peluh ku selama ini, adalah pinjamanNya. Sementara.
Kerja, duit, kereta, rumah dan segalanya.
Familyku; ayah, emak dan adik2 juga, bukan milik aku sepenuhnya. Malah, diriku ini juga bukan milik aku yang mutlak.
Atas belas ehsan dariNya la, maka aku dipinjamkan nikmat untuk mengusahakan apa yang aku ada sekarang. Suatu hari aku tetap kena pulangkan pada pemiliknya.
Ampuni aku, ya Allah. Betapa sedar dirinya aku kini.
Aku mengharapkan rahmat dan belas kasihan-Mu padaku setiap waktu.  Sudikanlah Kau mengampuni segala dosa-dosa laluku yang terlalu sombong  dengan kejayaanku.
Aku tidak mahu diheret ke nerakamu yang penuh dengan azab itu, Ya Allah


Nota kaki:
Ya ALLAH, aku lupa!
Harta, kekayaan dan kebendaan didunia aku kini takkan kekal..

Sesungguhnya, aku manusia biasa..
Ampunkan aku, ya ALLAH!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...