sahabat blogger

Thursday 8 March 2012

Denda Early Supper

Finally, kami di belanja makan juga oleh cikEmah akibat kekalahan dia mendapat point terendah mengemas rumah pada bulan february lepas. Nasib baik terkena undian belanja kami kat mcD aje. Still tahap mampu bayar la. Kalo terpilih belanja kat tempat yang agak mahal macam cabut undi tu, mau rabak poket nak membayarnya.

Actually kat umah aku ni telah dilancarkan rules gila sket. Barang siapa yang paling malas mengemas rumah akan didenda membelanja kawan2 yang lain makan.
Tempat makan bergantung pada undian yang si kalah yang cabut. Kalah atau paling rajin mengemas adalah berdasarkan sistem point mengemas. Macam kelakar je bunyinya, tapi kesannya sangat bagus buat kami. Rumah sentiasa bersih dan tiada rasa tak puas ati among housemates pasal isu siapa yang megemas umah sentiasa.
Kamu malas, kamu dapat markah sket, kamu didenda, kamu kena belanja dan kami kenyang perut.
Every month begitu. Terasa rabak poket nak belanja kawan2 setiap bulan, sila la rajin2kan diri anda mengemas umah.
Mudah bukan? Aku gak tak terlepas dulu terkalah dalam undian bulan tersebut. Time aku dulu, terkena undian kat buffet steamboat. Menang kempis poket time tu..

Tapi tu la, timing makan macam tak kena la plak.
Jam 10.30pm baru nak makan. Balik umah, dah nak dekat jam 12am. BamBamBum..terus tido. Memang sesuai sangat la nak membina badan dan menternak lemak.
Makan setakat 300gm berat burger, tapi naik berat dekat 2kg. Macam tak adil betul perkiraan naik berat ni kan?

Lambakan kentang goreng yang bakal melambakkan lemak kat badan kami2 ni
 
Eija dan Im; antara calon2 yang bakal didenda bulan2 akan datang. Hanya mereka yang terlepas.

Muka Zana macam dipaksa rela ajak makan free kat mcD

Lepas si Im menghabiskan kentang sedulang, kini turn mcChickenDeluxe la plak. Memang kuat betoi dia makan

Apa la yang funny sangat si Eija ni tengok kat burger tu agaknya

Thanks daun keladi pada Emah, kerana terpaksa membelanja kami early supper. Bulan depan cuba lagi ye berusaha kemas umah, so that terbebas dari didenda. hahahah.
Sampai ketemu di meja denda akan datang ye kengkawan. Sapa la muka insan istimewa terpilih tu ye.
Arap2 bukan la muka aku yang kena. NgehNgehNgeh



2 comments:

♥ wawawawa ♥ said...

auww..da lama x mkn double cheese burger!!

MsDila said...

wawa: nyum nyum..terbayang2 dah plak skrg ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...